Tidak kiralah apa cara pemberhentian kerja sekalipun, ia masih menyakitkan.
Sama ada telah berkhidmat di syarikat yang sama selama 10 bulan atau 10 tahun, ia tetap sakit. Dimaklumkan melalui emel atau secara bersemuka, kedua-duanya menyengat.
Bagi kebanyakan daripada kita, kerja, pangkat dan syarikat sering dikaitkan dengan identiti dan nilai diri.
Jadi, apabila berhadapan dengan situasi sebegini, soalan yang memenuhi kepala kita bukan sekadar “apa yang saya akan lakukan seterusnya?” tetapi juga “siapakah diri saya sebenarnya?”
Selain panik, sedih dan merenung nasib masa hadapan, ini empat perkara yang perlu dilakukan 24 jam selepas anda diberhentikan kerja.
- Kumpul segala data dan dokumen berkaitan kerjaya
Kumpulkan segala data dan dokumen pencapaian dan prestasi kerja dalam satu brag file atau fail yang akan digunakan untuk ‘menjual diri’ kepada bakal majikan baharu.
Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diambil secepat mungkin semasa anda masih mempunyai akses kepada akaun kerja.
- Pensijilan
- Laporan/data
- Penghargaan daripada pelanggan, bos, ketua kanan, rakan sebaya
- Ulasan prestasi
- Pengiktirafan promosi
- Hasil daripada projek yang memberi impak
- Maklumat hubungan rangkaian
Nombor ini boleh menambah nilai pada resume, surat lamaran dan profil LinkedIn anda untuk membantu pembaca melihat skop kesan anda.
Kemudian pertimbangkan sokongan di sebalik bukti anda. Mengapa pengurus menaikkan pangkat anda? Mengapa anda dipilih untuk membentangkan laporan kepada pengurus besar?
Apakah reputasi anda di tempat kerja? Mengapakah rakan kongsi atau pelanggan dalaman dan luaran meminta untuk bekerjasama dengan anda?
Ambil perhatian bahawa kebanyakan syarikat akan menyekat akses daripada emel kerja anda dan akaun lain sebaik sahaja diberhentikan kerja. Jika itu berlaku, jangan risau. Cuba minta dengan baik segala maklumat diperlukan daripada rakan sekerja atau pengurus terdahulu.
- Buat atau sertai kumpulan dengan rakan sekerja anda yang diberhentikan kerja
Kumpulan WhatsApp, Telegram dan sebagainya boleh menjadi tempat untuk masing-masing berkongsi peluang pekerjaan, mengeratkan hubungan dan berkongsi empati.
- Kongsikan berita kepada komuniti LinkedIn
Komuniti di LinkedIn kebiasaannya sangat menyokong. Mereka akan menyukai, berkongsi dan memberi peluang pekerjaan baharu pada hantaran mengenai pemberhentian kerja dan harapan untuk mencari kerja baharu, lebih-lebih lagi sekiranya anda memuat naik hantaran “Open to Work”.
Berikut ialah beberapa petua untuk menulis hantaran kukuh yang akan menarik perhatian perekrut dan bakal majikan:
- Jual pencapaian di syarikat terdahulu
- Nyatakan dengan jelas jawatan yang dicari
- Bina rangkaian atau connect dengan syarikat yang anda berminat untuk bekerja
- Sertakan #OpenToWork bersama tanda pagar pekerjaan, jawatan dan industri (contoh: #engineering #oilandgas #seniorengineer). Ini membolehkan perekrut menemui anda dengan mudah.
- Dapatkan nasihat fasilitator kerjaya
Dapatkan nasihat daripada mereka bagi membantu anda merangka resume dan cover letter yang akan menarik minat para majikan.
Selain itu, terdapat juga ratusan jurulatih di LinkedIn dengan julat harga dan kepakaran yang berbeza-beza untuk membantu anda mencapai langkah seterusnya dengan lebih mudah.
Sumber dari RELEVAN