Memaparkan catatan dengan label bantuan automotif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bantuan automotif. Papar semua catatan

Permohonan bantuan automotif dalam talian

 

Sebanyak 4,227 permohonan bantuan automotif dengan nilai anggaran tuntutan RM5.47 juta diterima daripada mangsa banjir di seluruh negara menerusi portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my setakat ini, sejak dilancarkan pada 18 Januari lalu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata jumlah itu dilihat masih sedikit walaupun tidak mengambil kira mereka yang membuat permohonan manual, namun beliau berharap mereka yang belum berbuat demikian untuk segera melakukannya sebelum tarikh tutup pada 31 Mac ini.

"Mangsa yang mengalami kerosakan kenderaan akibat banjir harus peka dan memanfaatkan bantuan yang disediakan kerajaan yang bertujuan meringankan beban ditanggung mereka dalam kerosakan disebabkan bencana itu," katanya.

Mengambil iktibar daripada pengalaman banjir besar baru-baru ini, Mohd Shahar berkata Bank Negara akan berbincang dengan pihak insurans dan takaful untuk meningkatkan kesedaran pengguna untuk mengambil perlindungan insurans bagi bencana banjir. 

"Ini juga membabitkan perancangan untuk keperluan industri terbabit menyediakan perlindungan komprehensif pada harga yang lebih mampu milik," katanya.

Untuk rekod, Mohd Shahar berkata hanya 16 peratus atau 1.8 juta kenderaan mempunyai perlindungan insurans atau takaful komprehensif termasuk untuk banjir.

Sementara itu, Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata kemudahan mesin ATM itu akan memanfaatkan kira-kira 4,000 penduduk Sungai Lembing yang sebelum ini perlu melalui perjalanan hampir 50 kilometer bagi mengeluarkan wang di bandar Kuantan.