Memaparkan catatan dengan label bujang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bujang. Papar semua catatan

Individu bujang lebih berisiko mati awal

 

Satu kajian mendapati bahawa individu yang menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia dapat menikmati hidup lebih lama dan sihat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian Pejabat Statistik Kebangsaan itu mendedahkan kadar kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang meningkat dua kali ganda berbanding mereka yang berkahwin.

Pakar percaya keadaan itu berlaku kerana pasangan sering mengingatkan satu sama lain agar melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mengalami masalah kesihatan.

Selain itu, menjalani kehidupan bahagia dapat membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan gaya hidup sihat, manakala hidup berkeluarga dikaitkan dengan pengurangan kebarangkalian untuk terlibat dengan tabiat-tabiat berisiko.

Dalam pada itu, kehidupan bujang, bercerai atau menjadi balu dikaitkan dengan peningkatan kadar kesepian dan tekanan.

“Buat kali pertama, kami menganalisis trend demografi dalam kadar kematian berdasarkan status perkahwinan.

“Kami mendapati bahawa berdasarkan data selama 10 tahun, lelaki dan wanita yang berkahwin atau mempunyai pasangan secara konsisten mempunyai kadar kematian yang rendah berbanding individu bujang, duda, janda atau balu,” katanya. 

Sumber dari Berita MailOnline