Memaparkan catatan dengan label bulanan unifi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulanan unifi. Papar semua catatan

TM perkenal Unifi Basic RM79 sebulan

 

Telekom Malaysia Bhd (TM) melancarkan pakej unifi mampu milik, unifi Basic pada harga RM79 dengan kelajuan 30Mbps dan kuota data sehingga 60GB setiap bulan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata, pakej itu boleh dilanggan mulai 15 Julai ini dan ia adalah pakej mampu milik kepada isi rumah dengan pendapatan RM4,500 dan ke bawah.

Beliau berkata, langkah memperkenalkan pakej seumpama itu selari dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan harga perkhidmatan jalur lebar pada akhir tahun ini.

“Pelan ini 50 peratus lebih rendah daripada pelan unifi Home 30MBps sedia ada, sekali gus memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati servis jalur lebar lebih murah dan pantas.

“Unifi Basic boleh dilanggan secara eksklusif menerusi platform atas talian yang akan ditawarkan bermula pada 15 Ogos ini,” katanya pada taklimat media mengenai pakej terbaru itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Malah, pengumuman itu membawa perkhidmatan jalur lebar negara ke tahap lebih tinggi dengan pengenalan penaiktarafan pelan untuk pelanggan unifi Home sedia ada sehingga 800Mbps.

Selain itu, ia turut memperkenalkan naiktaraf pelan untuk pelanggan Streamyx kepada unifi di kawasan liputan unifi atau peningkatan kelajuan dua kali ganda di kawasan yang tiada liputan servis berkenaan.

Sumber dari Harian Metro