Memaparkan catatan dengan label ambank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ambank. Papar semua catatan

Ambank Islamic anjur Kempen AmRewards untuk Pemegang Akaun Baharu

 


Ambank Group menyasarkan untuk mencapai pertumbuhan 30 peratus deposit melalui kempen AmRewards 2.0 dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Sulaiman Mohd Tahir.

Beliau berkata pada masa ini, bank itu merekodkan nilai deposit sebanyak RM500 juta hingga RM700 juta untuk Akaun Simpanan-i AmWafeeq.

"Kami menerima sebanyak 200 juta penyertaan dan hasrat kami adalah untuk mencapai berbilion ringgit untuk kempen ini menjelang akhir Februari 2023.

Jadi, ia adalah sesuatu yang kami sasarkan," katanya kepada Bernama pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Pertengahan Tahun AmRewards 2.0, baru-baru ini.

Tahun lalu, pertumbuhan deposit bank untuk akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) adalah kira-kira 20 peratus.

"Ia adalah prestasi yang sangat memberangsangkan bagi bank kerana industri hanya mencatatkan sembilan peratus sementara kami meningkat tiga kali ganda terutamanya untuk akaun simpanan dan salah satu sebab mengapa kami mengembangkan (CASA) adalah seperti AmWafeeq Saving kerana pertumbuhan dan sambutannya adalah sangat baik," katanya.

Kempen AmRewards 2.0 dilancarkan sejak 1 Januari 2022 dan ia akan berlangsung sehingga 28 Februari 2023 dengan tujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan Ambank Islamic dengan hadiah menarik termasuk Porsche Macan yang baharu, BWM320i Sport, jam tangan yang ditempah khas, hadiah wang tunai dan banyak lagi dengan hanya mendepositkan simpanan mereka dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq.