Memaparkan catatan dengan label kemasukan tahun 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemasukan tahun 1. Papar semua catatan

Pengesahan penempatan tahun 1 - 2022

 

Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran anak mereka bagi penempatan murid tahun 1 untuk sesi persekolahan pada tahun 2022 boleh menyemak keputusan tersebut mulai hari ini, 1 Ogos 2021.

Keputusan tersebut boleh disemak menerusi laman web Kementerian Pendidikan (KPM) di https://public.moe.gov.my/

Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan perakuan penempatan dimana ibu bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan penempatan secara dalam talian.

Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fizikal namun ia perlu dicetak dan disimpan untuk kegunaan ketika pendaftaran sekolah.

Ibu bapa atau penjaga yang menghadapi masalah boleh menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Bagi permohonan rayuan penempatan, ia boleh dibuat secara dalam talian dan keputusan boleh disemak di dalam sistem yang sama.