Memaparkan catatan dengan label ddnk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ddnk. Papar semua catatan

Biodata Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK)

 


Kelahiran
Mohamad Nazri Khan bin Adam Rasol Khan

15 Februari 1975 (umur 47)
Nama lainDDNK
Pekerjaanpelabur saham
PasanganHasmawatie Atielia De Sams (k. 2000; c. 2020)
Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari (k. 2022)

  • Pendidikan: Ijazah Ekonomi dan Kewangan daripada University of Manchester, United Kingdom. Beliau berjaya memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang pengurusan  daripada Multimedia University.
  • Jawatan Korporat: CEO  dan Pengurus Dana pasaran saham global bagi Syarikat Inter-Pacific Management, anak syarikat bagi Berjaya Corporation Group yang diterajui oleh Tan Sri Vincent Tan.

Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan ahli UK Society of Technical Analyst dan juga International Federation of Technical Analysts, Inc. of United States.

Sebelum ini, DDNK pernah menjadi Senior Vice President di Philip Capital Investment dan juga di Affin Hwang Bank untuk tempoh 10 tahun. Beliau mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang ekonomi serantau dan juga pasaran saham antarabangsa. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Multimedia University selama 10 tahun.

Di atas pengalaman dan pengetahuannya yang meluas dalam bidang pelaburan saham, beliau telah dilantik sebagai Adjunct Professor oleh Multimedia University di Cyberjaya, Malaysia.

DDNK juga Founder dan Pengerusi World Class Association, Technical Analysis Association of Malaysia (MATA).

Selain itu, DDNK pernah memegang jawatan Chief Investment Officer di Hermana Capital Berhad dan juga sebagai ketua pegawai penyelidik di MIMB Investment Bank.

DDNK aktif terlibat dalam program-program anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga Bursa Malaysia.