Memaparkan catatan dengan label ocbc islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ocbc islamic. Papar semua catatan

Akaun OCBC eBiz tawar perbankan digital lebih baik

 


Kesan pandemik COVID-19 memaksa banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk beralih kepada kaedah pembayaran dan kutipan digital.

Biarpun ada yang masih mengekalkan kaedah pembayaran tunai, kajian menunjukkan majoriti rakyat Malaysia semakin memilih kaedah pembayaran digital.

Terdapat pelbagai kaedah dan pilihan pembayaran digital yang tersedia di pasaran untuk dipilih oleh pemilik perniagaan PKS.

Apa antara ciri perbankan penting bagi pemilik perniagaan PKS memudahkan operasi perniagaan mereka?

Memahami peningkatan keperluan PKS yang mencari penyelesaian perbankan digital, OCBC Bank memperkenalkan Akaun OCBC eBiz untuk PKS, akaun perniagaan yang direka untuk perniagaan mikro dan baharu yang memerlukan akaun semasa perniagaan ringkas untuk keperluan transaksi perniagaan mereka.

Dengan hanya memerlukan akses internet dan peranti mudah alih, Akaun OCBC eBiz boleh dibuka sepenuhnya dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu hadir ke cawangan bank.

Bermula dengan proses permohonan, penyerahan dokumen atau pengesahan identiti, semuanya boleh dilakukan secara dalam talian sepenuhnya melalui platform bantuan kendiri dalam talian OCBC dan OCBC SME eKYC (electronic Know-Your-Customer) yang dijamin selamat dan disokong oleh CTOS (Credit Tip-Off Service).

eKYC adalah proses dalam talian untuk mengenal pasti dan mengesahkan identiti pelanggan individu menggunakan cara elektronik dalam masa hanya tiga hingga lima minit bagi menggantikan pengesahan identiti secara bersemuka.

Proses ini secara tidak langsung menggantikan pengesahan identiti bersemuka tradisional yang menyukarkan PKS untuk hadir ke cawangan ketika tempoh pandemik.

Dilancarkan pada Julai 2021, OCBC SME eKYC dibangunkan secara khusus sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju digital bank dan OCBC Bank menjadi institusi perbankan pertama yang menyediakan akaun semasa perbankan perniagaan digital hujung ke hujung hanya dengan tiga langkah mudah.

Untuk membuka Akaun OCBC eBiz, pemilik perniagaan hanya perlu mempunyai deposit permulaan serendah RM500, supaya ia tidak membebankan pemilik perniagaan sebaliknya memberi kelebihan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik.

Dengan Akaun OCBC eBiz, pemilik perniagaan boleh menikmati kemudahan mengurus transaksi perbankan perniagaan mereka di hujung jari mereka dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

Bagi menyediakan pengalaman perbankan dalam talian sepenuhnya, Akaun OCBC eBiz juga dilengkapi dengan OCBC Velocity, perkhidmatan perbankan internet perniagaan yang memenangi anugerah, aplikasi Perbankan Mudah Alih Perniagaan dan Pengurusan Kewangan Perniagaan OCBC.

Pemilik perniagaan juga boleh menikmati pelbagai ciri tambahan premium yang ditawarkan OCBC Bank seperti Terminal Peniaga OCBC, OCBC OneCollect (QRPay), Kad Debit Perniagaan OCBC dan platform FX Online apabila mereka memohon untuk Akaun OCBC eBiz.

Dengan pelbagai ciri hebat yang ditawarkan oleh OCBC Bank, ia bakal meningkatkan pengalaman perbankan digital PKS.

Sama ada perusahaan kecil atau besar, perkasakan perniagaan anda dengan Akaun OCBC eBiz.

Daftar Akaun OCBC eBiz anda hari ini.

Layari laman web OCBC Bank untuk maklumat lanjut.