Memaparkan catatan dengan label sejarah 7eleven. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah 7eleven. Papar semua catatan

Asal usul 7eleven

 


Sejarah 7-Eleven

7-Eleven adalah rangkaian kedai serbaneka Jepun-Amerika dengan ibu pejabatnya terletak di Dallas, Texas. Ia ditubuhkan pada tahun 1927 sebagai kedai blok ais di Dallas dengan nama Kedai Tote’m (Tote’m Store) pada tahun 1928 sehinggalah tahun 1946.

Namun kemudiannya, 70% syarikat itu telah diambil alih oleh konglomerat Jepun, Ito-Yokado pada tahun 1991, dan ianya telah disusun semula.

Pada tahun 2005, ia telah menjadi anak syarikat Seven-Eleven Japan Co. Ltd. Kini ianya berpusat di Tokyo Seven & I Holdings Co. Ltd. 7-Eleven dan beroperasi di 17 buah negara.

Setakat Jun 2019, mereka mempunyai cawangan sebanyak 68,236 buah kedai.

Kisah 7-Eleven Tercipta

Kedai yang kita kenali dengan nama 7-Eleven ini pada asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1927 dengan nama Tote’m Store. Pada mulanya, kedai ini menjual blok ais. Blok ais tersebut digunakan bagi pemeliharaan makanan di rumah yang tidak mempunyai peti sejuk.

Selepas itu, ia telah bergabung dengan Syarikat Southland Ice yang terletak di Dallas. Tidak dapat dipastikan sama ada sebelum atau pun selepas penggabungan, salah satu kedai di sana juga mula menjual barang-barang makanan.

Pada tahun 1931, Joe C. Thompson, Sr. telah dilantik menjadi presiden Syarikat Southland Ice. Semasa Era Kemelesetan Ekonomi pada tahun tersebut, syarikat itu telah jatuh muflis. Namun tidak lama selepas itu, mereka muncul dengan idea baru iaitu lebih menekankan kepada konsep makanan dan minuman.

Nama 7-Eleven Mula Digunakan

Pada tahun 1946, kedai-kedai mereka telah membuat rebranding dan diberi nama 7-Eleven. Nama tersebut dipilih berdasarkan waktu operasi mereka yang berlanjutan dari jam 7:00 pagi hinggalah jam 11:00 malam setiap hari.

Perkembangan 7-Eleven Dalam Konsep Francais

Tahukah anda, bermula pada tahun 1963 pula, beberapa cawangan 7-Eleven dibuka 24 jam sehari dan pada tahun berikutnya, syarikat ini mula membuka francaisnya kepada orang ramai?

Syarikat Southland Ice telah melesenkan perniagaan 7-Eleven kepada Jepun pada tahun 1973. Setahun selepas itu, terdapat 5,000 kedai 7-Eleven di seluruh dunia.

Syarikat tersebut semakin berkembang dalam penjualan makanan, minuman dan sebagainya sehinggalah ke hari ini. Kini, 7-Eleven bukanlah hanya menjual blok ais seperti zaman dahulu, tetapi telah menjual bahan makanan, barang runcit dan bermacam-macam lagi.

Yang bestnya, kedai 7-Eleven ini dibuka berhampiran dengan kita dan jarang sekali ditutup.

Sumber Rujukan:  Britannica

Sultan Johor Pemegang Saham Kedua Terbesar 7 Eleven


Sultan negeri Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadi pemegang saham kedua terbesar bagi rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd setelah membeli tambahan 2.44 juta saham seterusnya menjadikan kepentingan saham beliau bertambah menjadi 9.22%.

Dalam pengisian Bursa Malaysia semalam, Sultan Ibrahim dikatakan telah mengambil alih saham pada 28 dan 30 Ogos lepas. Malah, kini beliau memegang 102.4 juta saham dalam rangkaian kedai serbaneka tersebut.

Dalam pengisian Bursa Malaysia semalam, Sultan Ibrahim dikatakan telah mengambil alih saham pada 28 dan 30 Ogos lepas. Malah, kini beliau memegang 102.4 juta saham dalam rangkaian kedai serbaneka tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Tan Sri Vincent Tan merupakan pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia yang kini mempunyai sebanyak 1,905 cawangan di seluruh negara ini.