Memaparkan catatan dengan label buka akaun hlb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buka akaun hlb. Papar semua catatan

Buka Akaun Hong Leong Bank secara Online Menerusi Aplikasi Apply@HLB

 


Selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) pada 30hb Jun 2020, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) merupakan bank pertama di Malaysia yang menawarkan sistem ‘on-boarding’ digital untuk warga Malaysia yang ingin membuka akaun bank secara dalam talian. Proses baharu pembukaan akaun bank ini beralih sepenuhnya secara digital serta tidak lagi memerlukan pelanggan untuk mengunjungi cawangan Bank atau Terminal Layan Diri.
Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi ‘Apply@HLB’ untuk membuka akaun di mana-mana dan bila-bila sahaja, manakala kad debit akan dihantar ke mana sahaja mereka berada di dalam negara. Dengan aplikasi ‘Apply@HLB’, membuka akaun bank boleh dilakukan dengan tiga langkah mudah bila-bila dan di mana sahaja. Pelanggan hanya memerlukan MyKad untuk proses ini.  
Proses membuka akaun bank secara online digital:
  1. Sahkan identiti dengan kad pengenalan dan swafoto
  1. Isikan maklumat peribadi
  1. Cipta nama pengguna dan kata laluan untuk HLB Connect, bagi mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian dan mudah alih setelah akaun dibuka 
Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak memohon pembukaan akaun HLB melalui aplikasi ‘Apply@HLB’, yang boleh dimuat turun di Google Play, App Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut tentang Apply@HLB’, sila layari www.hlb.com.my/apply