Memaparkan catatan dengan label burung ladang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label burung ladang. Papar semua catatan

Bagi makan Burung Merpati di Ladang, Kuala Terengganu



Jika anda ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di tempat parkir kereta di hadapan Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) Ladang, Kuala Terengganu. Di sini banyak burung merpati terbang ke sana dan sini berhimpun untuk menikmati makanan yang diberi oleh pengunjung. Makanan boleh dibeli dengan harga RM1.00 sepeket.



Menyebut perihal sedekah, ustaz dalam Kuliah Maghrib telah berpesan agar hendaklah kita berlaku baik pada haiwan terutamanya kucing-kucing yang berkeliaran datang ke rumah kita. Yang kita bela sendiri tu, lainlah, tentunya mendapat perhatian kita, makan minumnya pasti terjaga. Yang ustaz tekankan ialah kucing yang datang-datang ke rumah kita.. maksudnya yang bukan kita bela.  Kata ustaz, memberi makan dan minum pada haiwan juga merupakan sedekah. 

Jadi jangan ambil ringan perkara ini dengan kita hanya memberi tulang-tulang ikan yang lebih kita makan saja pada kucing. Perhebatkanlah sedekah kita pada kucing dengan membeli ikan yang khusus buatnya. Beli ikan,  rebus, gaulkan dengan nasi dan air rebusannya kemudian bagilah makan pada kucing-kucing tersebut. Rebutlah pahala sedekah yang Allah persiapkan untuk kita..ameenn. Beri sedekah yang terbaik..InsyaAllah.

Begitu juga dengan burung-burung yang sering hinggap di ampaian dan bermain-main di sekitar laman kita. Taburlah makanan untuk mereka makan sebagai sedekah kita. Hendaklah berlapang dada sekiranya burung-burung, tupai mahupun monyet sering dilihat datang memakan buah-buah rambutan di laman kita. Semua itu, kata ustaz termasuk sebagai sedekah.

“Setiap orang muslim yang menanam sebuah pohon, setiap buah yang dimakan orang dari pohon tersebut baginya pahala sedekah dan setiap buah yang dicuri orang dari pohon tersebut baginya pahala sedekah, dan tidak seorangpun yang mengurangi buah dari pohon tersebut melainkan baginya pahala sedekah” (HR. Muslim)