Memaparkan catatan dengan label dua marhalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dua marhalah. Papar semua catatan

Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?


Syarat untuk jamak qasar semasa bermusafir adalah jarak antara rumah kita dan destinasi musafir tersebut mestilah lebih dari dua marhalah. Kalau kurang dari dua marhalah, tidak boleh hendak jamak qasar. Persoalannya : berapakah jarak dua marhalah tersebut? Ukuran dua marhalah bersamaan berapa kilometer? 

MarhalahQaryah Dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa. Muzakarah berpendapat bahawa Hukum Penentuan Kadar Dua MarhalahQaryah dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa adalah seperti berikut :-
 
  1. Penyelarasan kadar dua (2) mar?alah adalah 81 km (taqribi).
 
  1. Persempadan dan penentuan qaryah dan balad adalah mengikut pilihan seperti berikut :
  1. Persempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta / Enakmen Negeri; atau
  1. Persempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); atau
  1. Persempadanan mengikut peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem i-PLAN; atau
  1. Persempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertical (seperti kondominium / rumah pangsa seumpamanya) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
 
  1. Bagi tujuan pembangunan aplikasi dan keperluan teknologi digital, ditetapkan nilai kadar dua (2) mar?alah adalah 81 km (taqribi) selaras dengan pandangan syarak dan ukuran semasa serta diharuskan menggunakan nilai 11 km (termasuk 81 km) dari titik mula musafir bagi persempadanan qaryah dan balad.
 
  1. Garis Panduan akan disediakan untuk rujukan pihak-pihak berkaitan.