Memaparkan catatan dengan label pilihanraya umum. pilihanraya umum 15. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pilihanraya umum. pilihanraya umum 15. Papar semua catatan

Malaysia mengundi PRU15 pada 19 November 2022

 


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh PRU 15, dalam satu sidang akhbar selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR pada pukul 10 pagi bagi menentukan tarikh penting PRU15.

Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November 2022. Tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.

SPR membuat pengumuman penting itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRU15.

PRU15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain ada negeri tidak membubarkan DUN.

Negeri yang melaksanakan PRN sebelum ini antaranya Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pada masa sama, Pas juga kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN melibatkan Terengganu, Kelantan, dan Kedah.