Memaparkan catatan dengan label bantuan khas covid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bantuan khas covid. Papar semua catatan

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

 

PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH)
 

BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)


Apakah Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?
- Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Siapakah yang layak menerima BKC?
- Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:
 

1. Miskin tegar
- Isi rumah / Warga emas sebatang kara (WE) / Individu Bujang
 

2. B40
 

3. M40
 

Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKC?
- Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut: Bil. Kategori Penerima Data Bantuan
 

1. Miskin tegar
Permohonan BPR 2021
 

2. B40
Permohonan BPR 2021
 

3. M40
Percukaian (LHDNM) 

Berapakah bayaran BKC yang akan diterima?
J: Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut: Bil. Kategori Penerima Amaun Kelayakan Isi Rumah Warga Emas sebatang kara (WE) Bujang
 

Bilakah tarikh pembayaran BKC akan dibuat?
J: Pembayaran BKC akan dibuat seperti berikut: Bil. Kategori Penerima Kategori / Amaun Kelayakan Tarikh Bayaran Amaun Bayaran (RM)
 

1. Miskin Tegar
Isi Rumah / RM1,300
Ogos 500
November 500
Disember 300
 

Warga emas sebatang kara (WE) / RM500
Ogos 200
November 300
 

Bujang / RM500
Ogos 200
November 300
 

2. B40
Isi Rumah / RM800
Ogos 500
Disember 300
 

Warga emas sebatang kara (WE) / RM200
Ogos 200
 

Bujang / RM200
Ogos 200
 

3. M40
Isi Rumah / RM250
Ogos 250
 

Warga emas sebatang kara (WE) / RM100
Ogos 100
Bujang / RM100

Ogos 100

Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan?
- Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut: 


Miskin Tegar & B40
Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.

M40
Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian