Memaparkan catatan dengan label sunat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sunat. Papar semua catatan

Berkhatan cara Laser dan Clamp

 



BEZA BERKHATAN (SUNAT) DAHULU DAN SEKARANG


Dulu kami di Terengganu tempat berkhatan @ bersunat paling popular ialah Tok Mudin di Merbau Patah, Jalan Kuala Berang. Guna cara lama, pisau, gunting dan jahit keliling. Lepas jahit, balut. Cara lama luka lambat baik. Seminggu lebih baru boleh berjalan. Caj sekitar RM100. Sesetengah klinik sekarang masih ada guna cara lama.

Cara moden sekarang ada dua cara, LASER dan CLAMP di Klinik Swasta. LASER, doktor akan potong bahagian kulit dengan alat laser. Sakit hanya sekejap selepas bius habis. Beberapa jam selepas itu sudah kurang sakit kerana laser, luka tak banyak. Jahitan pula hanya 4 penjuru dan bukan keliling. Kos laser sekitar RM200.

CLAMP pula, bahagian kulit yang dipotong akan dilekatkan alat Clamp untuk beberapa hari. Selepas beberapa hari perlu ke klinik semula untuk buka alat CLAMP. Sakit LASER dan CLAMP lebih kurang sama. Cuma kelebihan Clamp kulit akan nampak lebih cantik. Kos CLAMP sekitar RM250.

Kelebihan cara moden, 2-3 hari sudah boleh bangun berjalan. Luka cepat baik. Kurang pendarahan.