Memaparkan catatan dengan label cara tikar tayar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara tikar tayar. Papar semua catatan

Cara Untuk Tukar Tayar Kereta

 


Tayar kempis sebab sumbu keluar angin. Tak semua tayar pancit disebabkan terkena paku atau tayar rosak. Caj tukar sumbu angin hanya RM5.
 
Kali ini saya nak share tutorial cara-cara untuk tukar tayar kereta bagi yang tak tahu dan ingin belajar.
 
Pastikan kereta anda diletakkan di tempat selamat sebelum tukar tayar kereta. Kereta masih boleh bergerak perlahan-lahan walaupun tayar pancit.
 
Jika tiada paku atau benda tajam di sekeliling tayar, kemungkinan sumbu angin rosak dan perlu ditukar.

 

Pijak pemutar skru ini dengan kaki sampai berbunyi 'kruk'. Untuk buka skru, mesti putar lawan arah jam. Longgarkan keempat-empat skru tapi jangan cabut lagi skru. Biarkan skru bersama tayar.


 Masukkan jet di bawah kereta dan letakkan di bawah tetulang kereta.


 Letakkan tayar spare di bawah tetulang kereta bersebelahan jet. Ini untuk tujuan keselamatan jika sekiranya jet terbalik, tayar berfungsi sebagai penyokong.


Pusing jet mengikut arah jam menggunakan kedua batang besi skru dan cangkuk ini.


 
Berhenti pusing jet apabila tayar telah terangkat.
 

 
Buka skru tayar yang telah dilonggarkan tadi. Seterusnya cabut tayar yang pancit itu dan letakkan di bawah tetulang kereta.
 

 
Letakkan tayar spare di bahagian roda kereta. Pasangkan skru sehingga ia betul-betul ketat. Alihkan tayar asal dari bawah kereta dan turunkan jet.
 

 
Hantar kereta terus ke Kedai Tayar bagi menukar sumbu tayar yang rosak atau menampal tayar yang terkena paku. Mekanik akan memeriksa tayar anda. Jika sumbu rosak atau tayar terkena paku, kos baiki hanya sekitar RM5-10.