Memaparkan catatan dengan label minyak masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minyak masak. Papar semua catatan

Guna minyak masak lebih 3 kali undang penyakit jantung, kanser

 



Pengguna diminta supaya tidak ‘mengitar’ semula minyak masak yang sudah digunakan lebih tiga kali bagi mengelak komplikasi pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung.

Semasa menggoreng, minyak masak akan melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik tersebut dan ia merupakan bahan bahaya penyebab kanser.
Radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh dan boleh menyebabkan penyakit jantung, strok, masalah kegemukan serta kencing manis.
Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kanser, saluran darah tersumbat, penyakit alzheimer serta parkinson.
Sekiranya selepas makan makanan bergoreng terutamanya yang menggunakan minyak masak berulang, tekak akan berasa perit dan pedih kerana minyak tersebut sudah berasid.
Kalau boleh elakkan penggunaan minyak masalah lebih tiga kali.
Minyak terpakai boleh dijual atau diproses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain.