Memaparkan catatan dengan label bantuan banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bantuan banjir. Papar semua catatan

Portal bantuanbanjir.com untuk mangsa banjir

 

Kementerian Kewangan mewujudkan portal bantuanbanjir.com yang menghimpunkan pelbagai pautan di bawah satu laman sesawang bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan bantuan banjir.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata senarai penuh bantuan kerajaan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan bantuan lain bagi membaiki rumah serta baucar membaiki kenderaan tersedia di bawah portal berkenaan.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sejumlah RM1.4 bilion sudah diperuntukkan bagi mangsa banjir di negara ini, dengan bantuan boleh mencecah RM61,000 bagi mangsa banjir yang terbabit.

"Ketika saya menyertai pelbagai program bantuan banjir, ramai mangsa yang berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan disalurkan, tetapi satu perkara yang sering ditanya, bagaimana untuk mendapatkan maklumat bagi memohon bantuan.

"Memang betul dengan pelbagai agensi terbabit dalam penyaluran bantuan, mesti ramai yang hendak tahu bagaimana cara mendapatkan bantuan itu,'' katanya dalam video berdurasi 1.52 saat mengenai bantuanbanjir.com.

Tengku Zafrul berkata, portal berkenaan dilengkapi langkah memanfaatkan bantuan yang disediakan agensi penyelaras bantuan.

Lebih RM1.4 bilion disalurkan menerusi pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, untuk mangsa banjir baru-baru ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata lebih 56,000 ketua isi rumah yang terjejas dalam bencana itu, sudah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000, setakat ini.

Beliau berkata, ia adalah bantuan bencana paling pantas pernah dilaksanakan, iaitu hanya dalam tempoh seminggu, kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sentiasa menekankan bantuan perlu disalurkan secepat mungkin.

"Kebiasaannya, bantuan wang ihsan bernilai RM500 diberikan, tetapi kali ini ia dinaikkan kepada RM1,000. Bantuan lain pula adalah bantuan paling banyak yang belum pernah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Secara keseluruhan, setiap mangsa banjir yang terkesan menerima bantuan sekurang-kurang RM10,000 hingga RM61,000, dengan pelbagai pembiayaan tanpa faedah turut disediakan," katanya pada program Inklusif RTM.

Sumber dari Berita Harian