Memaparkan catatan dengan label mysalam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mysalam. Papar semua catatan

Skim Perlindungan MySalam

 


Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH-2019/2020) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR-2021) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM-2022) di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berumur 18 hingga 65 tahun boleh menuntut pembayaran tunai RM8,000 sekaligus jika didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal atau elaun harian hospital sebanyak Rm50 sehari,maksima 14 hari setahun jika dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan di Malaysia.
Semak kelayakan :
📌1300 888 938

Tertakluk pada terma dan syarat.

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

SENARAI 45 PENYAKIT KRITIKAL



Skim MySalam dan Baucar Perlindungan Tenang diteruskan dalam Bajet 2023

 


Kerajaan akan meneruskan skim MySalam kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sepanjang 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata skim itu akan diteruskan dengan membuka kepada syarikat insurans dan takaful untuk bersama-sama memastikan kesinambungan MySalam.

Sejak 2019, MySalam telah meluluskan tuntutan berkaitan penyakit kritikal dan hospitaliti berjumlah RM734 juta kepada 1.5 juta individu B40.

Ini termasuk 500,000 individu yang menerima pampasan disebabkan COVID-19 dengan nilai keseluruhan RM330 juta.

Selain itu, Baucar Perlindungan Tenang telah memanfaat lebih tiga juta penerima BKM dan akan diteruskan melalui kaedah perkongsian kos.

Ia turut diperluas kepada pembelian produk perlindungan bencana banjir untuk rumah kediaman.