Memaparkan catatan dengan label adha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adha. Papar semua catatan

Ulangtahun Pertama Ayman Uzair

 




ULANGTAHUN PERTAMA anakanda Muhammad Ayman Uzair bin Mohd. Adha.
Dilahirkan pada jam 9.49 malam 17 Ogos 2021.
Pada petang 17 Ogos 2021, isteri sudah rasa lain macam. Pukul 6.00 petang saya bawa isteri terus ke Pusat Rawatan Ibu & Anak (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira 10 km dari rumah kami. Mujurlah jalan ke hospital tak sibuk sebab masa itu masih PKP. Kontraksi berlaku setiap 20 minit tapi masih tidak kuat. Dekat waktu maghrib, kontraksi semakin kerap, kami terus pergi ke bahagian Kecemasan PRIBA tapi jururawat yang bertugas cakap doktor pergi solat. Dia suruh pergi solat dulu.
Lepas solat, air ketuban pecah. Saya terus bawa isteri ke Kecemasan PRIBA semula. Barulah jururawat kelam kabut tolak troli. Isteri kena swab test semasa atas troli naik ke atas. Masa itu masih PKP, jadi nak masuk ke hospital memang kena swab test. Jururawat ibu bersalin stail dia, selagi air ketuban tak pecah, selagi itulah dia akan buat relaks sambil-sambil belek fail. Pengalaman masa Maryam lahir pun sama. Setakat sakit kontraksi tu takde dia nak layan sangat. Bila dah pecah air ketuban barulah dia kelam kabut tolak troli. haha
Ketiga-tiga orang anak, Umar, Uwais dan Maryam saya dapat masuk Dewan Bersalin temankan isteri. Tapi masa Ayman Uzair ini masih dalam PKP Covid-19, suami tak dibenarkan masuk. Jadi, sedih jugalah tak dapat nak tengok semasa Ayman lahir. Syukur Alhamdulillah, selepas 40 minit masuk Dewan Bersalin, Ayman selamat dilahirkan. Jururawat panggil saya untuk azankan Ayman di depan pintu Dewan Bersalin. Ayman jeling je masa saya azankan dia.
Semoga anak papa dan mama menjadi anak yang cerdik dan soleh. Berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Gambar kedua dan ketiga adalah gambar Ulangtahun Pertama saya pada 2 Disember 1977 di Pengkalan Chepa, Kelantan. Ada iras Ayman tak?