Memaparkan catatan dengan label bank negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bank negara. Papar semua catatan

Bank Negara lancar syiling peringatan RM10

 


Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan syiling peringatan RM10 bersempena sambutan Jubli Emas Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Syiling peringatan itu dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada majlis sampingan sambutan ulang tahun ke-50 LPP sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini hari ini.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim, berkata sebanyak 6,000 syiling berkenaan akan dikeluarkan bermula Disember ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada BNM kerana bekerjasama dengan LPP dalam mengeluarkan syiling ini. Pengeluarannya adalah bagi mengenang jasa peladang, penternak dan nelayan yang bertungkus-lumus membangunkan sektor pertanian negara.

"Kita ada kira-kira 900,000 peladang (ahli) yang ada antara mereka menjadi ahli LPP berpuluh tahun lamanya. Jadi ini adalah kenangan yang boleh mereka simpan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran syiling itu.

Sumber dari Berita Harian