Memaparkan catatan dengan label honor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label honor. Papar semua catatan

HONOR X9b 5G tahan lasak

 



Jenama telefon pintar HONOR bakal melancarkan HONOR X9b 5G di Malaysia pada 1 November 2023 ini.

Bakal hadir dengan Predecessor HONOR X9a yang terkenal dengan Paparan Melengkung OLED Ultra Tough, ia dijangkakan menjadi telefon kelas pertengahan paling laris di Malaysia.

Rentetan pengumuman berkenaan, tular di media sosial dan internet dikatakan HONOR X9b 5G kalis peluru dan seterusnya menjadi topik popular dan bualan hangat dalam kalangan warganet.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li, berkata buat masa ini, tiada telefon kalis peluru, dan pengguna tidak mempunyai permintaan sedemikian pada telefon pintar.

Katanya, pihaknya juga tidak mengesyorkan orang ramai menjalankan ujian berbahaya, sebaliknya menawarkan waranti terbaik buat pengguna.

"Kami sememangnya mendahului pesaing kami daripada segi kualiti produk, tetapi ini tidak bermaksud telefon kami boleh kalis peluru.

"Mana-mana produk perindustrian mempunyai kemungkinan kerosakan.

"Apa yang HONOR buat adalah kami menyediakan waranti terbaik kepada pengguna HONOR X9b di pasaran iaitu Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari pertama dalam industri yang meliputi kedua-dua skrin hadapan dan panel belakang telefon," katanya.

Li berkata, penawaran waranti ini telah menyelesaikan 'pain point' pengguna dalam kehidupan seharian iaitu paparan yang lebih besar dan paparan melengkung lebih mudah dipecahkan serta membantu pengguna memandangkan kos membaiki telefon semakin tinggi.

Katanya, beliau memahami ketidakselesaan pengguna apabila terpaksa menghantar telefon untuk dibaiki atau memindahkan data ke telefon baharu.

"Caj untuk membaiki telefon pintar semakin meningkat sehingga memaksa pengguna membayar kos yang lebih tinggi untuk membaiki telefon.

"Apabila telefon pintar menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja peranti komunikasi kita, tetapi juga dompet, alatan kerja, galeri dan banyak lagi," katanya.

HONOR X9b sekali lagi membawa kekukuhan telefon pintar ke tahap baharu daripada segi ketahanan dan penawaran spesifikasi bertaraf mercu dan kualiti tahan lasak dari semua sudut bagi membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar tanpa bimbang dalam kehidupan seharian.

HONOR X9b menampilkan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR yang boleh menyerap sehingga 1.2 kali ganda kesan kejatuhan.

Ia juga menggunakan bahan inventif yang membentuk struktur penyerap kejutan 360 darjah di sekeliling telefon menjadikan HONOR X9b boleh tahan jatuh sehingga ketinggian 1.5 meter dan meningkatkan kekuatan skrin sebanyak tiga kali ganda berbanding pesaingnya.

HONOR X9b merupakan telefon pertama di dunia yang menerima pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.

Ia juga merupakan telefon pintar pertama yang memperkenalkan pemprosesan 4nm Snapdragon 6 Gen 1 di pasaran tempatan.

Hadir dalam warna Sunrise Orange dengan rekaan belakang vegan leather dan reka bentuk cincin premium, HONOR X9b hadir dengan bateri berkapasiti besar sehingga 5,800mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari.

HONOR X9b didatangkan dengan storan dan memori 20GB+256GB terbesar dalam kelasnya dan UFS3.1 terpantas.

Ia juga menawarkan keselesaan pengguna apabila dilengkapi skrin perlindungan mata kecerahan tinggi beresolusi 1.5k, selain kamera Ultra Jelas 108MP untuk penghasilan gambar yang lebih jelas.


Telefon pengimejan terbaik HONOR 70

 


Dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2022, telefon pintar pengimejan mercu terbaharu, HONOR 70 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Meneruskan legasi estetika teknologi siri HONOR N, HONOR 70 turut berinovasi dalam teknologi reka bentuk selain menghalusi keupayaan pengimejannya bagi membawakan pengguna pilihan telefon mudah alih yang lebih baik.

Maka tidak hairanlah mengapa kebanyakan media tempatan memuji peranti ini sebagai telefon kamera terbaik dalam julat harga RM2,000.

Selain muncul di Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (IFA) yang hanya boleh disertai oleh jenama terbaik di dunia, HONOR turut diiktiraf di peringkat global apabila memenangi 35 anugerah.

HONOR 70 turut menyumbang 21 anugerah antaranya Anugerah Produk Elektronik Pengguna Terbesar Dunia (EISA) dan Anugerahkan Telefon Paling Berbaloi.

Selain itu, laman media teknologi, Tech Radar, turut memuji HONOR 70 sebagai telefon Android terbaik tahun ini dengan harga berpatutan dan konfigurasi terbaik terutama dari segi kamera, pemproses dan reka bentuk.

Dwi kamera utama diiktiraf

Sebagai peneraju pengimejan, HONOR 70 memiliki dwi kamera utama yang jarang ditemui dalam julat harganya ini termasuklah kamera IMX800 Super Sensing yang memberikan pengalaman fotografi terbaik dalam keadaan cahaya malap atau membelakangi cahaya.

Menurut pengguna HONOR 70, Muhammad Saufi, dia merasa kagum kerana gambar yang diambil dengan HONOR 70 yang berharga hanya RM1999 setanding dengan keupayaan fotografi telefon pintar yang menelan belanja ribuan ringgit.

"Paling penting, adalah mengambil gambar anak-anak. Setiap kali melancong, saya mengambil gambar dan video dengan telefon. ​​Jadi. Saya sentiasa memilih telefon yang berupaya mangambil gambar dengan baik, seperti HONOR 70."

Selain kamera, HONOR 70 turut mempunyai penampilan menarik yang mana ia menggunakan proses dwi-filem, tiga corak dan dwi-saduran, serta tekstur berbentuk berlian berkilau apabila cahaya berubah.

"Warnanya sangat cantik. Peranti ini kelihatan berkilau seperti kristal di bawah cahaya selain turut memberikan rasa premium ketika dipegang", kata pengguna HONOR 70, Wong.

Ungguli pasaran China

Menurut laporan International Data Corporation (IDC), sejak pelancaran HONOR 70, jenama HONOR dalam pasaran China melonjak ke tangga pertama pada suku kedua tahun 2022, sementara siri HONOR Magic4 turut mengukuhkan kedudukan di pasaran premium melebihi US$600.

Selain itu, menurut laporan oleh Strategy Analytics pada 1 Ogos 2022, HONOR menjadi pembekal telefon terbesar di China buat kali pertama dengan bahagian pasaran sebanyak 19 peratus pada suku kedua 2022.

Walaupun trend jualan dan penghantaran industri telefon China tahun ini menunjukkan penurunan mendadak, HONOR dapat menentang trend itu, membuktikan kepercayaan pengguna terhadap jenama tersebut.

Kini, HONOR telah memperkenalkan tiga siri telefonnya ke Malaysia dan akan terus membangunkan produk ekologi seperti komputer riba dan tablet pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 70, klik pautan ini.