Memaparkan catatan dengan label scholarship. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label scholarship. Papar semua catatan

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2022

 

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.

PENGENALAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong atau King Schorlarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Mac 2005.

Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.  Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

TARIKH PERMOHONAN

19 Januari 2022 – 22 Februari 2022

PANDUAN MEMOHON BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG(BYDPA) 2022

  1. Mengisi borang secara dalam talian melalui portal BYDPA sehingga tarikh tutup mulai 19 Januari 2022 (Rabu).
  2. Mengisi borang dengan lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendakla diserah tangan atau pos dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa)

SENARAI BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG(BYDPA) 2022

12 biasiswa ditawarkan  iaitu enam di peringkat Sarjana dan enam di peringkat PhD untuk calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

KRITERIA UTAMA PEMILIHAN

  • Calon yang mendapat keputusan akademik amat cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.
  • Calon yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa
  • Kebolehan istimewa
  • Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
    menghasilkan kerja kreatif dan inovatif.
  • Calon yang telah mendapat tawaran atau memulakan pengajian pada tahun penajaan di universiti penyelidikan tempatan atau universiti terkemuka di dunia turut diberi keutamaan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih 35 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  • Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga
  • JPA berkata penerima BYDPA adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia dalam tempoh tidak kurang dari lima tahun.
  • Penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai penawaran itu boleh didapati melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my atau

Hubungi talian 03-8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada penawaranldp@jpa.gov.my