Memaparkan catatan dengan label anak bulan syawal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak bulan syawal. Papar semua catatan

Tarikh melihat anak bulan Syawal pada 20 April 2023

 


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh hari raya Aidilfitri tahun ini adalah pada petang Khamis, 20 April 2023 iaitu bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh hari raya puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan.

Dalam pada itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson,
Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat serta Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Selain itu, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar.

Tempat lain ialah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.

Banyak negara raya Isnin, tapi Malaysia mungkin Selasa - Mufti Perlis

 


Sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini mungkin jatuh pada Selasa depan, berbeza dengan kebanyakan negara Islam lain yang menyambutnya sehari lebih awal, kata mufti Perlis.
Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia mungkin demikian kerana Malaysia menggunakan kriteria baru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (Mabims).
Jika mengikut kriteria kebolehnampakan anak bulan yg digunakan sebelum ini, kemungkinan besar Isnin hari raya. Demikianlah kebanyakan negara Umat Islam. 
Jika pakai kriteria baru Jakim / Mabims, mungkin tak nampak. Maka, kita mungkin raya Selasa,” katanya di Twitter hari ini tanpa butiran lanjut.
Berpandukan kriteria baru Mabims, hilal ditentukan mengikut altitud 3 darjah dan longitud 6.4 darjah.
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih. Tarikh Aidilfitri akan diumumkan selepas itu.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 22 April memaklumkan bahawa Majlis Raja-raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Asri ketika dihubungi Malaysiakini berkata dia tidak mempertikaikan kaedah Jakim. Saya tidak pertikai. Saya menjawab soalan tentang kenapa ada perbezaan dalam perhitungan.
Perlis kita ikut keputusan bersama dalam menentukan hari raya, katanya. Berkaitan perbezaan kaedah lama dan baru, ia hanya melibatkan perkara teknikal.
Tiada siapa boleh menyatakan kaedah lama atau baru yang lebih patut dipakai melainkan setelah dinilai oleh pakar falak.
Perbezaan dari sudut kriteria darjah. Dari sudut ketinggian, jarak lengkung dan ketinggian, katanya.
Bagaiamanapun, Asri berkata rakyat di negara ini hendaklah memakai apa yang diputuskan di Malaysia.
Pun begitu, para pakar mempunyai ruang menuntut kerajaan menyemak hal itu pada masa depan, tambahnya.
‘Perlis, Langkawi penuhi kriteria baru’
Sementara itu, di Indonesia, Pusat Sains Antariksa Badan Riset dan Inovasi Nasional (Brin) dilaporkan berkata keadaan hilal di Indonesia memenuhi kriteria ditetapkan Mabims kerana berada pada sudut 3.75 darjah (di Merauke) hingga 5.55 darjah (Sabang).
Sekiranya hilal dapat dilihat di Kota Sabang, Banda Aceh, dan Jantho, ia bermakna Indonesia akan menyambut 1 Syawal pada 2 Mei ini.
Namun, ia mungkin tidak sama dengan negara jiran seperti Malaysia, Brunei dan Singapura yang bakal menyambut 1 Syawal pada 3 Mei nanti," kata peneliti Brin Andi Pangerang.
Katanya, antara ketiga-tiga negara Mabimbs, hanya Malaysia berpotensi menyambut lebaran pada hari sama dengan Indonesia kerana Langkawi dan Perlis memenuhi kriteria baru itu.
Indonesia akan turut melihat anak bulan Syawal pada 1 Mei.
Sumber dari MalaysiaKini

Penjelasan Isu Penetapan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022

 



JAKIM ingin merujuk isu penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang sedang tular di media sosial.
Sebagaimana maklum, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Kaedah ini adalah selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak dan astronomi yang telah dipersetujui oleh semua negeri.
Berkaitan penentuan awal Syawal 1443H atau tarikh Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan 1443H bersamaan 1 Mei 2022M. Aktiviti cerapan anak bulan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Data rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh JUPEM.
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja (PMBRR) selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di semua lokasi yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, suka pihak JAKIM menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang telah dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak berautoriti.
SUMBER:
Facebook Rasmi JAKIM