Memaparkan catatan dengan label kawasanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawasanku. Papar semua catatan

Platform KAWASANKU papar profil demografi penduduk

 


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membangunkan platform data terbuka generasi baharu dikenali sebagai 'KAWASANKU' yang mengandungi informasi berkaitan profil demografi penduduk berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata KAWASANKU memaparkan statistik kependudukan dan indikator demografi serta sosioekonomi peringkat granular yang boleh menjadi nadi kepada perancangan lebih khusus dan spesifik mengikut bidang fokus di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai rujukan dan analisis perbandingan.

"KAWASANKU turut menyediakan perbandingan visualisation map di peringkat Parlimen dan DUN untuk beberapa indikator seperti kepadatan penduduk, pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan, akses kepada bekalan elektrik dan air, peratus permukaan diliputi hutan, keamatan lampu pada waktu malam.

"Dengan adanya platform KAWASANKU ini, rakyat bersama pemimpin dan stakeholders setempat dapat memberi maklum balas dan pandangan berkaitan cadangan pembangunan di samping memantau kemajuan prestasi kawasan masing-masing dengan lebih berkesan," katanya.

Mohd Uzir berkata, inisiatif KAWASANKU itu dibangunkan bertujuan meluaskan dan menggalakkan pengguna mengakses data dalam bentuk machine-readable format seperti yang dilaksanakan menerusi OpenDOSM yang dilancarkan April tahun ini.

KAWASANKU boleh diakses melalui https://kawasanku.dosm.gov.my/.

Sumber dari BERNAMA