Memaparkan catatan dengan label buka akaun bank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buka akaun bank. Papar semua catatan

Ahad, Julai 17, 2022

Bank Islam perkenal Be U, bank digital awan

 


Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melancarkan Be U, sebuah bank digital berasaskan teknologi awan sepenuhnya.

Bank Islam dalam satu kenyataan, berkata menggunakan teknologi pertama seumpamanya, penyelesaian natif awan (cloud-native solution) itu dijangka menjadi batu asas kepada semua bank digital akan datang di Malaysia.

"Aplikasi perbankan serba baharu ini membolehkan pengguna menyempurnakan transaksi perbankan mereka dengan lancar, tanpa perlu mengunjungi cawangan Bank Islam. Ia juga berperanan untuk memperluaskan lagi rangkuman kewangan dengan menyasarkan kepada golongan muda dan celik digital.

"Menerusi antara muka yang menarik dan mesra pengguna, Be U akan membantu pelanggan memahami dan mengurus kewangan mereka dengan pantas dan baik," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata Be U adalah pencetus perubahan bagi Bank Islam dan industri perbankan Islam.

"Ia adalah produk yang berhasrat untuk reka bentuk semula dan memangkin pertumbuhan masa depan bank ini dengan memanfaatkan landskap teknologi kewangan (fintech) yang pesat berubah, sekali gus membolehkan pelanggan mengakses penyelesaian kewangan yang berpatutan dan mudah digunakan.

"Melalui Be U, Bank Islam beralih fokus daripada mementingkan produk kepada sifat mengutamakan pelanggan dalam membentuk produk yang memenuhi keperluan mereka.

"Usaha ini sejajar dengan pelan strategik perniagaan lima tahun Bank Islam (LEAP25) yang bermatlamat untuk meletakkan Bank ini sebagai peneraju penyelesaian kewangan Syariah-ESG lengkap dengan kepimpinan dalam perbankan digital dan kewangan sosial menjelang tahun 2025," katanya.

Mohd Muazzam berkata, selepas mengambil pendekatan yang holistik untuk memenuhi keperluan pelanggan, bank itu telah mereka bentuk asas tawaran bank digital baharu ini supaya berbeza dan saling melengkapi dengan produk dan perkhidmatannya yang sememangnya tersedia di pasaran.

Katanya, Be U disasarkan kepada generasi muda, menawarkan akaun simpanan yang membenarkan baki sifar, fungsi pindahan dana dan ciri Nest yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.

"Fungsi atau tawaran baharu dalam aplikasi Be U akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan akan datang. Ia termasuk deposit bertempoh, pasaran gig, kad debit, pengurusan kewangan peribadi, pembiayaan mikro, takaful mikro dan banyak lagi.

"Gambaran menyeluruh menerusi pengenalan Be U adalah untuk menerapkan pengalaman dan pembelajaran daripada aplikasi tersebut ke seluruh organisasi. Ini kerana kami mahu menjadikan Bank Islam sebagai sebuah organisasi yang lebih tangkas dengan menggunakan cara kerja baharu, menarik bakat dengan set kemahiran baharu, menggunakan teknologi terkini serta memanfaatkan data dan automasi," katanya.

"Ini seterusnya akan membolehkan Bank Islam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," katanya.

Berpangkalan di awan Amazon Web Service (AWS), Be U menggunakan Mambu Digital Core sebagai tulang belakang teknologinya.

Tanpa sebarang isu legasi akan membolehkan Be U memenuhi keperluan pelanggan dengan cepat.

Menerusi kelebihan berasaskan awan, pengguna Be U boleh mendapat manfaat daripada ketangkasan aplikasi dan menikmati pengalaman perbankan peribadi yang mesra pengguna dan bersesuaian dengan keperluan mereka.

Mohd Muazzam menjelaskan, Be U memfokuskan kepada segmen pelanggan yang tidak menjadi tumpuan oleh Bank Islam iaitu menarik golongan pengguna yang masih di peringkat awal kehidupan bekerja mereka.

"Apabila kedudukan kewangan pelanggan ini lebih stabil dan mereka memerlukan produk dan instrumen kewangan yang lebih kompleks, Be U akan berada bersama mereka dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan Bank Islam," katanya.

Menerusi aplikasi berkenaan yang tersedia kepada orang ramai sejak pertengahan Jun tahun ini, Bank Islam menyasarkan antara 350,000 dan 400,000 muat turun dan pengguna aplikasi Be U dalam tempoh 12 bulan pertama operasinya.

Tanpa membabitkan sebarang caj untuk membuka akaun Be U melalui platform itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi Be U Bank Islam secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Sumber dari Berita Harian

Isnin, April 18, 2022

Buka Akaun Hong Leong Bank secara Online Menerusi Aplikasi Apply@HLB

 


Selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) pada 30hb Jun 2020, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) merupakan bank pertama di Malaysia yang menawarkan sistem ‘on-boarding’ digital untuk warga Malaysia yang ingin membuka akaun bank secara dalam talian. Proses baharu pembukaan akaun bank ini beralih sepenuhnya secara digital serta tidak lagi memerlukan pelanggan untuk mengunjungi cawangan Bank atau Terminal Layan Diri.
Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi ‘Apply@HLB’ untuk membuka akaun di mana-mana dan bila-bila sahaja, manakala kad debit akan dihantar ke mana sahaja mereka berada di dalam negara. Dengan aplikasi ‘Apply@HLB’, membuka akaun bank boleh dilakukan dengan tiga langkah mudah bila-bila dan di mana sahaja. Pelanggan hanya memerlukan MyKad untuk proses ini.  
Proses membuka akaun bank secara online digital:
  1. Sahkan identiti dengan kad pengenalan dan swafoto
  1. Isikan maklumat peribadi
  1. Cipta nama pengguna dan kata laluan untuk HLB Connect, bagi mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian dan mudah alih setelah akaun dibuka 
Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak memohon pembukaan akaun HLB melalui aplikasi ‘Apply@HLB’, yang boleh dimuat turun di Google Play, App Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut tentang Apply@HLB’, sila layari www.hlb.com.my/apply


Sabtu, Februari 13, 2021

Cara Buka Akaun Bank Islam Secara Online

 

Bagi yang belum mempunyai akaun Bank Islam, anda boleh membuka akaun secara virtual online sahaja. berikut adalah cara bagaimana ingin membuka akaun Bank Islam secara online.

Sila layari portal Virtual Online Bank Islam : https://vao.bankislam.com.my/

Isikan semua maklumat yang diminta. Pilih jenis akaun dan cawangan tempat akaun ingin dibuka.

Setelah selesai, lawati cawangan Bank Islam pilihan anda dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan berserta dengan slip pengesahan anda.

Selesaikan proses pembukaan akaun anda di cawangan Bank Islam dan dapatkan nombor akaun anda dan kad debit.


Recent Posts