Memaparkan catatan dengan label ePemula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ePemula. Papar semua catatan

Daftar ePemula di BigPay untuk dapat diskaun

 



BigPay akan memberi ganjaran kepada pengguna ePemula dengan tawaran termasuk baucar sehingga RM1,500 daripada airasia, airasia Academy dan Zalora serta pulangan tunai tanpa had daripada peniaga rakan kongsi terpilih, yang digerakkan oleh Pulse iD.

Syarikat teknologi kewangan tempatan (fintech) itu dipilih oleh kerajaan untuk menjadi antara rakan kongsi e-dompet rasmi untuk inisiatif ePemula.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Salim Dhanani, berkata pengguna BigPay boleh menuntut kredit RM150 mereka di peniaga luar talian melalui pembayaran kad BigPay atau ciri pembayaran BigPay DuitNow QR selain mempunyai akses kepada rangkaian penuh perkhidmatan kewangan yang tersedia di platform.

Melalui penyertaannya dalam ePemula, BigPay kekal komited terhadap misinya untuk memacu kesejahteraan kewangan dalam kalangan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan, katanya dalam satu kenyataan

"Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ePemula untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai oleh pengguna dan peniaga serta pada masa yang sama, membantu pemulihan pasca-COVID-19 Malaysia.

"Pandemik ini telah menunjukkan bahawa pembayaran digital tidak boleh dinafikan lagi adalah jalan ke hadapan dan adalah penggerak yang hebat untuk menggalakkan golongan muda Malaysia menyokong perniagaan tempatan dan berbelanja secara digital," katanya.

Salim berkata, BigPay adalah satu-satunya bahagian pemain e-dompet ePemula yang menyediakan kad yang boleh digunakan di lebih 46 juta peniaga di Malaysia dalam talian dan luar talian.

Pengguna yang layak boleh menuntut RM150 mereka mulai hari ini hingga 1 Jun 2022.