Memaparkan catatan dengan label affin bank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label affin bank. Papar semua catatan

Cara buka Akaun Simpanan Affin Bank

 


Akaun Simpanan

Akaun simpanan adalah merupakan akaun bank yang membolehkan Anda menyimpan wang di satu tempat yang selamat. Affin Bank menawarkan pelbagai jenis akaun simpanan.

1. Akaun Simpanan Affin

Berikut ini merupakan manfaat dan syarat kelayakan Akaun Simpanan:

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Kad Visa Debit
  • Akses Mudah
  • Perlindungan PIDM
  • e-Penyata atau Buku Akaun

Syarat & Kelayakan

  • Had Umur 12 tahun
  • Kewarganegaraan Malaysia, Penduduk Tetap
  • Deposit Permulaan RM100
  • Baki minimum yang perlu dikekalkan RM1

2. Akaun Simpanan Asas

Sila rujuk mengenai kelebihan dan kelayakan akaun Simpanan Asas.

Kelebihan

  • Tanpa Fi
  • Deposit Permulaan yang Rendah
  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Penyata
  • Kad Debit Visa
  • Akses Mudah
  • Perlindungan PIDM (Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit)
  • Pilihan Pengecualian Fi ATM Tahunan

Anda boleh memilih antara:

  1. Pengecualian fi ATM Tahunan dengan had 8 pengeluaran melalui ATM secara percuma
  2. Fi ATM Tahunan sebanyak RM8.00 untuk pengeluaran melalui ATM Affin dan di kaunter (OTC) tanpa had

Syarat & Kelayakan

  • Had Umur untuk akaun kanak-kanak di bawah 12 tahun (akaun dibuka secara bersama dan dikendalikan hanya oleh ibu bapa atau penjaga) untuk akaun Individu iaitu 12 tahun ke atas
  • Kewarganegaraan Malaysia, penduduk tetap
  • Deposit Permulaan RM20
  • Baki minimum yang perlu dikekalkan RM10

3. Akaun Simpanan-i

Bagi Anda yang ingin memohon akaun Simpanan-i, baca terlebih dahulu mengenai Manfaat dan Kelayakan.

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Patuh Syariah
  • Buku Akaun atau e-Penyata
  • Kad Debit Visa Affin Islamic
  • Rangkaian Cawangan yang Luas
  • Layak untuk Perlindungan oleh PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 12 tahun dan ke atas
  • Kewarganegaraan Pemastautin dan Bukan Pemastautin
  • Deposit Permulaan RM100
  • Baki minimum yang perlu dikekalkan RM10

Selain akaun simpanan diatas, berikut akaun simpanan Affin yang ditawarkan.

  • Wealth Saver-i
  • AFFIN Junior Saver
  • Junior Saver-i
  • AFFIN GOLD
  • AFFIN GOLD-i
  • AFFIN e-Saver
  • AFFIN eSaver-i
  • AFFIN Barakah Charity Account-i
  • Akaun Simpanan AFFIN Grow-i
  • AFFIN Scholar-i
  • Akaun Simpanan Asas-i

Akaun Semasa

Akaun semasa adalah produk yang disesuaikan untuk tujuan perniagaan.

1. Akaun Semasa Affin

Di bawah ini merupakan akaun semasa Affin Bank yang dapat Anda mohon.

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Kemudahan Buku Cek
  • Penyata Bulanan
  • Kad Debit Visa
  • Akses Mudah
  • Perlindungan PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 18 tahun
  • Kewarganegaraan Malaysia, Penduduk tetap
  • Pencadang Wajib
  • Deposit Permulaan
    -RM1,000 (akaun peribadi)
    -Rm2,000 ( akaun syarikat)

2. Akaun Semasa-i

Pelbagai manfaat boleh Anda dapati jika memohon akaun semasa-i.

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Patuh Syariah
  • e-Penyata Bulanan
  • Kad Debit Visa Affin Islamic
  • Rangakaian Cawangan yang Luas
  • Layak untuk Perlindungan oleh PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 18 tahun dan ke atas
  • Kewarganegaraan Pemastautin dan Bukan Pemastautin
  • Deposit Permulaan RM1,000 (akaun peribadi)
  • Pencadang Diperlukan
  • Syarat Caj penyelenggaraan separuh tahunan

Selain akaun semasa diatas, berikut akaun semasa Affin yang ditawarkan.

  • Akaun Simpanan Asas
  • AFFIN PLUS
  • AFFINPLUS-i
  • Akaun Semasa AFFIN GOLD
  • Akaun Semasa AFFIN GOLD-i
  • AFFIN AVANCE™ Savvy
  • AFFIN AVANCE Savvy-i
  • AFFIN INVIKTA™ Account
  • Akaun Semasa AFFIN Grow-i
  • Akaun Semasa Asas-i
  • AKAUN-i AFFIN INVIKTA™

Perkara yang perlu dibawa semasa membuka akaun:

  • Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Wang untuk Pembukaan Akaun
  • Bil elektrik