Memaparkan catatan dengan label subsidi upah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label subsidi upah. Papar semua catatan

Permohonan Program Subsidi Upah (PSU 4.0) 2021

 

Program Subsidi Upah (PSU) dilanjutkan kepada PSU 4.0 . Ianya bermula dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021. Tujuan Program Subsidi Upah adalah untuk meringankan beban golongan majikan di dalam mengekalkan pekerja mereka. Ini kerana pada saat ini banyak sektor perniagaan diarahkan untuk ditutup.

  1. Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk PSU 4.0 ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU (PSU 1.0, PSU 2.0 atau PSU 3.0) sebelum ini atau tidak.
  2. PSU dilanjutkan untuk tempoh bantuan selama 2 bulan kepada semua sektor dan diikuti 2 bulan tambahan bagi sektor dalam senarai negatif (Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara) yang akan diumumkan oleh kerajaan kemudian.
  3. Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan PSU 4.0.
  4. Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  5. Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.

Seemua permohonan dan Semakan PSU 4.0 boleh diakses pada pautan https://psu.perkeso.gov.my

Tarikh tutup permohonan PSU 4.0 adalah pada 31 Oktober 2021.