Memaparkan catatan dengan label Istana Syarqiyyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Istana Syarqiyyah. Papar semua catatan

Fakta Menarik Istana Syarqiyyah, Terengganu

 

Foto : FB Anwar Ibrahim

Istana Syarqiyyah terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Istana ini merupakan istana utama baginda Sultan Terengganu dan segala majlis rasmi berlangsung di istana ini. Di dalam kawasan istana ini juga terletak kediaman utama baginda sultan dan keluarga.


Sebelum 4 Julai 2013, istana ini dikenali sebagai Kompleks Istana Bukit Chendering. Kemudian, nama baru iaitu Istana Syarqiyyah yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah diumumkan oleh Menteri Besar pada waktu itu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Istana Syarqiyyah membawa maksud ‘Permata Timur’.
Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana baharu di Bukit Cendering, Kuala Terengganu, dengan nama Istana Syarqiyyah.
Arkitek Istana
Arkitek istana ini, Bill Bensley merupakan bekas graduan Universiti Harvard yang telah memulakan syarikat rekabentuk senibina di Bangkok, Thailand pada tahun 1989. Beliau telah terlibat dengan lebih 180 hartanah di 30 buah negara terutama yang melibatkan rekaan mewah dan eksotik.
Time Magazine telah menggelar beliau sebagai “the king of exotic luxury resorts” dan menamakannya sebagai 5 orang terbaik di dunia bagi pereka senibina.
Seni Bina Istana
Istana Syarqiyyah menampilkan gabungan senibina tradisional Terengganu dan senibina islamik yang ada di sebuah bangunan bersejarah di Andalusia, Sepanyol iaitu Alhambra.
Fasa Pembinaan Istana
Istana ini dibina pada tahun 2006 mengandungi 4 fasa dan siap sepenuhnya pada tahun 2014.

Fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik.

Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalam dan sebagainya.
Ciri-ciri Istana
Seni bina istana ini dihiasi dengan lebih 5,000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang. Istana Syarqiyyah mempunyai lebih 100 bilik yang memiliki rekabentuk berlainan bagi setiap satunya. 14 tan pintu-pintu gangsa. Dewan setinggi tiga tingkat bangunan. Tanah seluas 865 ekar, dikelilingi hutan.
Kawasan Istana seluas 160,000 kaki persegi. Throne room untuk 1,200 orang. Banquet hall untuk 1,800 orang tanpa apa-apa columns. Terdapat juga air pancut dan menara di taman.
Sumber : Malaysian Review & The Vocket