Memaparkan catatan dengan label david star. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label david star. Papar semua catatan

Bintang Nabi Daud bukan lambang asal Israel?

 


Lambang bintang yang berasal dari Salahuddin al-Ayubi

Siri Perang Salib ni sebenarnya banyak berkaitan dengan isu agama dan politik. Akan tetapi, tujuan peperangan utama ini ialah golongan Kristian ingin menawan Bailtulmaqdis dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

Pada tahun 1099, ia merupakan zaman kegelapan bagi umat Islam kerana semasa Perang Salib Pertama, golongan Kristian telah berjaya menawan Baitulmaqdis atau ada yang memanggilnya Jurusalem.

Kebangkitan Salahuddin al-Ayubi telah berjaya mengusir golongan Kristian di Baitulmaqdis dan mengembalikannya kepada umat Islam. Ia menunjukkan bukti keagungan
Salahuddin al-Ayyubi di dalam memimpin pasukan tenteranya.

Semasa kejayaan perang ini, Salahuddin beliau membawa dua mimbar dari Aleppo, Syria (makam Saidina Khalid al-Walid). Mimbar tu sebenarnya sebagai lambang untuk menandakan tempat tersebut menjadi bawah naungan orang Islam.

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, manakala satu lagi di masjid al-Khalil.


Ada lambang bintang enam pada mimbar itu (macam gambar di atas) — lambang bagi bangsa Arab Kan’an. Mana yang tak tahu lagi, bangsa Arab Kan’an ini merupakan orang-orang yang berasal dari Palestin.

Mereka dikatakan menggunakan lambang ini dengan alasan mereka seperti penduduk asal bangsa Arab Kan’an di Palestin.

Lambang bintang itu bernama The Star of David (Bintang Daud)

Lambang Bintang Daud ni sebenarnya dicipta pada abad ke-19, masa tu gerakan Zionis ketika Kongres 1897.

Menurut Sholem Aleichem (penulis buku), lambang Bintang Daud yang ada pada bendera Israel tu sebenarnya ingin meniru agama Kristian. Aik apahal pulak meniru Agama Kristian? Semasa ritual Agama Yahudi, mereka memerlukan simbol agama Yahudi yang sama dengan salib (simbol universal agama Kristian).

Senang cerita, mereka menginginkan sesuatu untuk menghiasi dinding rumah ibadat Yahudi moden yang akan menjadi simbolik seperti salib.

Menurut Sholem lagi, lambang Bintang Daud tu tidak melambangkan agama Yahudi dan takde memberikan maksud apa-apa pun kepada masyarakat Yahudi. Namun, mereka ni guna je lambang tu walaupun takde maksud apa-apa.

Namun, berdasarkan pendapat dari Franz Rosenzweig (ahli falsafah) dalam buku Star of Redemption, bucu pertama bintang itu bermaksud ciptaan, wahyu, dan pembalasan. Lepastu, bucu yang lain pula melambangkan manusia, dunia dan Tuhan.

Kalau dalam buku Zohar (buku pemikiran mistik Yahudi), enam titik bintang itu mewakili enam sefirot lelaki (sifat Tuhan), bersama dengan sefirah ketujuh wanita (pusat bentuk). Sefirot dan sefirah ni bermaksud sifat Tuhan dalam buku Zohar.

Kesimpulan

Berdasarkan rumusan dari kedua-dua sejarah di atas, kita sendiri dapat tahu yang sejarah lambang bintang menurut kisah Salahuddin al-Ayubi la yang paling lama berbanding sejarah lambang bintang dari Yahudi.

Ramai orang Palestin mengatakan kaum Yahudi la yang mengambil reka bentuk lambang bintang itu untuk diletakkan pada bendera mereka.

Hal ini boleh dibuktikan dengan kisah seorang pemuda dan penjaga Masjid Al-Aqsa. Selepas selesai solat Jumaat, ada seorang pemuda terpegun melihat ada lambang bintang enam seperti Israel di mimbar, kemudian dia ditegur oleh seorang penjaga masjid datang.

“Aku tahu apa yang engkau fikirikan. Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan? Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada.

“Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam. Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.” – Penjaga Masjid Al-Aqsa, dipetik dari Viral Purba.

Kemudian, pemuda itu baru sedar yang penjaga masjid itu ingin memberitahu bahawa lambang bintang di Israel tu sebenarnya berasal dari lambang bangsa Arab Kan’an.

Oleh itu, kita sendiri sudah nampak yang lambang bintang di Israel tu sebenarnya berasal dari orang Arab Kan’an. Pendapat korang sendiri la en, adakah Israel ni sengaja mengambil reka bentuk lambang bintang tu lepastu diorang cipta sejarah mereka sendiri?

Sumber : https://soscili.my/