Memaparkan catatan dengan label artis korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis korea. Papar semua catatan

Penyanyi K-pop Daud Kim peluk Islam


Pemuzik YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Daud Kim mencuri perhatian khalayak apabila mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah.

Bukan kali pertama ke Tanah Suci, Daud yang memiliki hampir 4 juta pengikut di YouTube berkata, hidupnya kini tertumpu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Saya jejakkan ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya. Sangat menenangkan  jiwa dan suci.

“Saya akhirnya sedar, saya bukan keseorangan. Seseorang berada di samping saya membawa saya ke jalan benar. Saya dah sedar kewujudan Allah SWT,” coretnya menerusi satu hantaran status menyentuh hati dalam Instagram.

Dalam hantaran terbabit, Daud mengakui bahawa Islam adalah agama yang selama ini dicarinya. Justeru, dia berasa sangat bersyukur terpilih diberi hidayah daripada-Nya.

“Saya masih buat dosa (silap) namun sekarang, saya seorang Muslim. Saya tidak akan berputus asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Iman saya tidak akan pernah berubah, insya-Allah.

Kali pertama Daud ke Tanah Suci bagi tujuan umrah adalah pada April tahun lalu dan sejak itu, dia semakin aktif berkongsi perjalanan perubahan rohaninya menerusi platform media sosial termasuk Instagram.

Daud memeluk Islam sekitar tiga tahun lalu dan dia diperkenalkan dengan agama suci tersebut disebabkan insiden atau serangan bom 11 September 2001 atau 911 ketika usianya 8 tahun.

Akuinya pada permulaan, dia ‘dimomokkan’ dengan laporan media Barat yang meletakkan kesalahan seratus peratus terhadap Islam namun segalanya berubah apabila dirinya mengadakan persembahan jelajah di Indonesia dan mempelajari lebih mendalam tentang agama suci tersebut. 

Sumber : KOSMO!