Memaparkan catatan dengan label Melancong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melancong. Papar semua catatan

Tip melancong ketika musim hujan


1. Perancangan awal

Buat perancangan awal untuk persediaan sebarang kemungkinan yang berlaku terutama di musim hujan ini. Anda juga boleh menyediakan beberapa alternatif lain ketika hujan lebat dengan menyediakan permainan di dalam bilik penginapan sahaja supaya anak-anak tidak bosan sementara menunggu hujan reda.

2.Persediaan selengkapnya

Ini termasuk membawa payung, jaket dan kasut kalis air bagi semua ahli keluarga terutama si kecil. Sesetengah orang berpendapat membawa payung tidak praktikal, tetapi ada pula yang membawanya kerana mereka lebih nyaman pada musim hujan. Jika anda tidak mahu membawa payung, pastikan jaket yang dipakai bersesuaian dengan cuaca

3.Rancang percutian bersama anak

Ketika merancang percutian, babitkan anak dalam perancangan. Ia membuatkan mereka rasa lebih dihargai. Perancangan juga secara tidak langsung membuatkan mereka lebih kreatif dan peka terhadap percutian pada musim hujan yang memerlukan perhatian khusus. Pembabitan anakanak dalam perancangan percutian dengan cuaca basah juga membuatkan mereka sentiasa bersedia dengan pelbagai perkara terutama ketika sesuatu rancangan itu terpaksa dibatalkan.

4.Pilih tempat yang sesuai

Pilih tempat menarik yang mudah mendapat kemudahan awam. Bermakna anda sekeluarga tidak terlalu lama berjalan dan mengambil risiko kehujanan.

5.Bawa ubat bersesuaian

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika melancong di musim hujan ini, bawalah ubat bersesuaian untuk kegunaan anda sekeluarga

terutama anakanak. Ubat selesema dan batuk adalah satu keutamaan kerana penyakit itu senang menyerang pada musim hujan. Cari juga maklumat mengenai klinik terdekat di destinasi yang dituju untuk tujuan kecemasan.

6.Pastikan kasut atau selipar dibawa atau dipakai tidak licin

Ada beberapa jenis kasut dan selipar biarpun mempunyai bentuk yang menarik dan popular, ada yang tidak sesuai dipakai ketika musim hujan. Dapatkan alas kaki yang sesuai.

7.Tenang, relaks dan santai

Walaupun musim hujan, jangan tertekan atau kecewa dengan keadaan. Percutian saat mengembirakan. Oleh itu, nikmatilah saat indah bercuti bersama anak-anak yang sememangnya menjanjikan kenangan terindah buat anda sekeluarga.


Lokasi Menarik di Kuala Terengganu

 

Foto : iproperty


Terdapat banyak tempat menarik sekitar Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman.

1. Pantai Batu Buruk

2. Jambatan Angkat Terengganu (Drawbridge)

3. Lagun Kuala Ibai

4. Pasar Besar Kedai Payang

5. Bukit Puteri

6. Perkampungan Keropok Losong

7. Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal

8. River Cruise Sungai Terengganu

9. Bukit Panorama

10. Bukit Besar

11. Istana Maziah

12. Dataran Shahbandar

13. Pantai Pandak

14. Masjid Putih (Masjid Abidin)

15. Bot Penambang

16. Waterfront Kuala Terengganu

17. Pulau Warisan

18. Muzium Terengganu

19. Masjid Terapung

20. Chinatown (Kampung Cina)