Memaparkan catatan dengan label hari kelepasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari kelepasa. Papar semua catatan

Selasa, November 15, 2022

Jumaat dan Sabtu ini Hari Kelepasan Am PRU15 – PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan Jumaat dan Sabtu ini (18 & 19 November 2022) sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ismail Sabri berkata, bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putrajaya.

Kita tetapkan hari tersebut iaitu Jumaat dan Sabtu agar rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sabtu pun kita umumkan sebagai Hari Pelepasan Am kerana ada syarikat swasta seperti kilang-kilang yang masih beroperasi mengakibatkan ada pekerja tidak boleh mengundi.

Saya tidak mahu satu orang pun yang dihalang daripada menjalankan tangungjawab untuk mengundi, tegas beliau.

Sumber dari Kosmo!

Recent Posts