- Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan maklumat tentang perniagaan tersebut.
- Buat cop perniagaan. Pada cop ada nama perniagaan, no. SSM dan alamat (jika perlu). Cop rubber stamp perlu dibawa semasa membuka akaun.
- Pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Minta borang permohonan pembukaan akaun semasa perniagaan. Sebaiknya akaun jenis Islamik.
- Lengkapkan borang dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).
- Bank akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda. Pihak bank akan menghubungi anda jika tiada masalah.
- Semasa hadir ke bank untuk pengaktifan akaun, bawa cop perniagaan.
- Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun.
- Perlu sediakan deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.
- Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.
- Buku cek akan diberikan dalam tempoh masa 3 hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.