Memaparkan catatan dengan label proton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label proton. Papar semua catatan

Proton lancar X70 2022 bermula harga RM93,900

 


Proton telah melancarkan model Kenderaan Sukan Utiliti (SUV) X70 dengan enjin baharu hari ini pada harga bermula RM93,900.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, Proton X70 2022 yang menawarkan penggayaan yang diperbaharui dan pilihan baharu untuk pembeli yang mencari SUV yang menawarkan peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api.

Katanya, SUV terlaris di Malaysia kini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi, pengecas turbo, yang merupakan alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi yang biasa.

“PROTON bangga memperkenalkan Proton X70 2022, model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris sejak dilancarkan.

“Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, kami telah mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli,” katanya.

Tambahnya, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm.

“Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7 peratus dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar.

“Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih varian AWD, dilengkapi dengan Pacuan Empat Roda pintar masa nyata, yang secara automatik memindahkan tork ke roda belakang berdasarkan permintaan, disamping menambah baik pengendalian mengikut keadaan jalan yang berbeza-beza,” ujarnya. 

Sumber dari Kosmo!

PROTON lancar X70 2022 dengan enjin 1.5L

 


PROTON melancarkan X70 2022 dengan gaya diperbaharui dan pilihan baharu untuk pembeli yang mencari kenderaan utiliti sukan (SUV) menawarkan peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api.

SUV terlaris di Malaysia itu kini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi, pengecas turbo, alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi yang biasa.

Ia menawarkan lima varian iaitu 1.5 TGDi Standard 2WD pada harga bermula RM93,900, 1.5 TGDi Executive 2WD pada harga bermula RM105,500,

1.5 TGDi Executive AWD pada harga bermula RM111,300, 1.5 TGDi Premium 2WD pada harga bermula RM117,900 dan 1.8 TGDi Premium 2WD pada harga bermula RM121,800.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Proton X70 adalah model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris sejak dilancarkan.

"Lebih 70,000 unit dijual dan hari ini, kami telah mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli.

"Ia menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan kami untuk memiliki sebuah SUV yang bukan hanya menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan," katanya dalam satu kenyataan.

Proton X70 2022 dilancarkan secara maya menerusi laman Facebook syarikat automotif itu, hari ini.

Dikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan membabitkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan.

Enjin yang sangat dipercayai dan terbukti di pasaran itu telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai.

njin 1.5L TGDi dibina di Tanjung Malim, di barisan pengeluaran baharu yang memenuhi piawaian kualiti yang ketat mandatori bagi salah satu enjin pemasangan tempatan paling canggih di Malaysia.

Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang serta rupa yang diperbaharui.

Ini juga termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu.

Pilihan warna luaran untuk Proton X70 2022 adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey, ditawarkan mengikut varian yang dipilih.

Proton X70 2022 kini boleh didapati untuk tempahan dalam talian di https://www.proton.com/en/find-a- car/protonx70 dan di bilik pameran PROTON yang sah.

Proton lancar Proton Iriz dan Persona 2022 Baharu

 

Proton melancarkan model Proton Iriz dan Persona 2022 Baharu dengan reka bentuk luaran, dalaman, warna dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Untuk edisi terbaharu 2022 ini Proton tampilkan perubahan reka bentuk dan penambahan varian Active untuk model Iriz dengan perubahan pada ruang kabin dengan sistem infotainment untuk keselesaan dan keterhubungan lebih baik.

Perubahan pada Iriz dan Persona ini termasuk rekaan bampar dengan gril corak Infinite Weave dan Ethereal Bow baharu, logo Proton terkini, lampu hadapan LED dengan fungsi automatik, lampu belakang bersepadu baharu, bumbung hitam dan rim aloi bersaiz 16 inci.

Iriz Active tambah lebih sporty dengan rel bumbung baharu serta pengenalan warna Citric Orange dan Passion Red serta Persona dengan warna Space Grey.

Bahagian kabin paling menyerlah ialah dengan sistem infotainment bersaiz 8 inci 'terapung' dengan fungsi arahan suara untuk mengawal penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu.

Ia juga dengan saluran penyaman udara rekaan baharu dengan kawalan paparan digital dan penapis udara N95, konsol tengah terdapat ruang simpanan dan tempat rehat lengan serta 6 slot USB.

Iriz 2022 juga didatangkan dengan kemasan warna merah dan sulaman Active pada kerusi hadapan, pintu dan karpet serta jahitan merah pada roda stereng dan tali pinggang keledar serta pedal sukan aluminium.

Untuk Persona dengan tempat duduk dan kemasan pintu leatherette, warna coklat sama seperti yang diperkenalkan pada Proton X70.

Proton Iriz 2022 dijual pada harga bermula RM40,300 hingga RM54,000 (Active CVT) dan Persona 2022 pada harga RM45,200 hingga RM54,900 (1.6L Premium CVT).

Semua harga atas jalan tanpa insurans termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan boleh ditempah secara dalam talian www.proton.com.my