Memaparkan catatan dengan label kuil sulaiman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuil sulaiman. Papar semua catatan

Tapak lama Kuil Nabi Sulaiman di bawah Masjid Al Aqsa?

 


Kuil Nabi Sulaiman atau Solomon Temple, yang juga dikenali sebagai Kuil Pertama merupakan peninggalan yang dibangun oleh Raja atau Nabi Sulaiman menurut beberapa kepercayaan Agama langit, Yahudi, Kristian dan Islam. Menurut Kepercayaan Agama Yahudi, Solomon Temple telah dibangun oleh Nabi Sulaiman sekitar tahun 990-931 Sebelum Masihi. Namun bangunan tersebut hancur empat ratus tahun kemudian. Selepas itu ia dibangunkan kuil kedua oleh orang Yahudi.

Kuil Suci atau Bait Allah (Bahasa Ibrani: בית המקדש, Bet HaMikdash ; "The Holy House") ialah sebutan untuk pusat peribadahan Yahudi di Jerusalem kuno, di Bukit Bait Suci. Bangunan ini digunakan untuk beribadah dan mempunyai fungsi utama untuk mempersembahkan korban korbanot. Selama beberapa abad tempat ini menjadi pusat ibadah agama Yahudi.

Menurut Kitab Suci Ibrani (Perjanjian Lama), Bait Suci ini dibangun oleh Solomon (Nabi Sulaiman) pada abad ke-10 SM untuk menggantikan Khemah Suci yang dibangun oleh Nabi Musa.

Jika kita berundur kembali meneliti sejarah awal kelahiran kerajaan Yahudi yang pertama di dunia mengikut kepercayaan dari kitab-kitab agama Yahudi, kita akan menemui nama Raja David membeli sebidang tanah daripada seseorang untuk membangunkan sebuah tempat suci. Tetapi impiannya ini tidak kesampaian apabila kematian lebih cepat menjemputnya. Warisnya yang sah, Raja Solomon yang telah mewarisi kerajaan ayahnya yang paling besar dan kaya pada masa itu terus menggerakkan kerja-kerja pembangunan menyiapkan bangunan yang bakal menjadi tempat ibadah suci penganut kaum Yahudi. Akhirnya pada akhir abad ke-10 SM bangunan ini siap sepenuhnya.

Mengikut rujukan daripada perhitungan para arkeologi dan ilmuwan, bangunan ini selebar 90 kaki, sepanjang 180 kaki dan setinggi 50 kaki. Bait Suci yang diyakini sebagai ‘The First Temple’ ini digunakan sebagai tempat ibadah atau ritual korban yang dikenali sebagai Karbanot atau Qof-Resh-Bet. Ritual korban yang ini hanya khusus dilakukan oleh pendetanya, Kohanim di kuil ini sahaja, hanya di Bait Suci. Selalunya korban ini dilakukan seseorang untuk merapatkan dirinya pada Tuhan. Bahan korban terdiri daripada haiwan ternakan sahaja ataupun hidangan makanan.

Kehancuran pertama Bait Suci ini adalah pada zaman pemerintahan raja Babylonia, Nebuchadnezzar II atau Bukhtrashah yang menakluk tanah Jerusalem pada musim panas dalam sekitar tahun 586 SM. Penaklukannya ini meranapkan kerajaan Yahudi buat selama-lamanya dan membuka peluang kepada Raja Nebuchadnezzar II merampas segala harta benda yang terdapat di Bait Suci dan sekitar kerajaan Yahudi Jerusalem ini.

Dalam peristiwa penaklukan Jerusalem tahun 586 SM inilah, Raja Nebuchadnezzar II disyaki termasuk dalam senarai membawa peti suci yang diyakini menyimpan tiga harta suci bangsa Yahudi, iaitu Tabut Perjanjian atau Ark of Covenant.

Setelah kejatuhan kerajaan Yahudi dan kehancuran Bait Suci Solomon ini, nasib bangsa Yahudi dilumuri darah. Ada yang dibunuh bahkan dihalau keluar dari Jerusalem oleh Raja Nebuchadnezzar II.
Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa adalah Masjid Suci yg ke-3 utk umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekkah & Masjid Nabawi di Madinah Munawwarah. Ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Kaabah di Makkah. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Masjid Al-Aqsa mula-mula dibina oleh Nabi Adam as. 

Nabi Ibrahim as membina semula Masjid Al Aqsa di Jerusalem kerana dia dan Ismail membina semula Kaabah di Makkah. Nabi Daud as memulakan pembinaan semula Masjid Al Aqsa. Nabi Sulaiman as adalah nabi terakhir yang menyelesaikan binaan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa yg dibina oleh Nabi Sulaiman as telah dimusnahkan pada tahun 587SM oleh Nebukadnezar Raja Babylon.

Orang2 Yahudi memanggil Masjid Al-Aqsa ini dengan nama yang sama yg dibina oleh Nabi Sulaiman as sebagai Bait (rumah) mereka. Orang2 Yahudi membina semula Kuil mereka di laman yg sama pada 167 SM, tetapi telah dimusnahkan pada tahun 70 Masihi dan Yahudi dihalau dari Jerusalem. 

Tapak Masjid Al-Aqsa terus dibiarkan dan telah digunakan sebagai tempat pembuangan sampah (Nau`zubillah) selama hampir 600 tahun sehingga Khalifah Agung Umar bin Khattab membebaskan Jerusalem pada 637M. Khalifah Umar bin Khattab membina Masjid Al-Aqsa yg mana pada permulaan binaannya adalah berasaskan kayu. Khalifah Umayyah (Abd Malik Bin Marwan) 72/73 H telah memulakan pembinaan Kubah Batu.(Dome of the Rock). Ianya hanyalah kubah batu dan bukannya Masjid Al-Aqsa yg telah kita ketahui & apa yang media masa telah warwarkan selama ini.

Kawasan Haram Al Aqsa adalah didalam Masjid Al-Aqsa (Masjid berkubah Hitam) dan Kubah Batu (Masjid berkubah Emas). Israel telah menduduki Masjid Al Aqsa pada tahun 1967. Orang2 Yahudi telah membuat 100 percubaan untuk memusnahkan Al-Aqsa sejak tahun 1967 ketika mereka mendudukinya. Satu kebakaran pada tahun 1967 bermula dengan membantu mereka memusnahkan Mimbar 900 tahun dipasang oleh Salahuddin Al-Ayubi, Wira Besar Islam. Mereka mahu meletupkannya dan menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan menggantikannya dengan Kuil Yahudi.

Dalam kes ini juga, tercatat dalam kitab Hebrew lama, Firaun Shoshenq I dikatakan memiliki khazanah ini kerana baginda pernah menyerang tanah Jerusalem sebelumnya. Sebab itulah tapak Masjid Al-Aqsa menjadi rebutan kaum Yahudi Zionis Israel.

Nota:

- Jurusalem adalah nama lain bagi Baitulmaqdis
- Nabi Sulaiman AS adalah nabi bagi kaum Yahudi, orang Islam juga beriman kepada Nabi Sulaiman AS sebagai salah seorang nabi Allah yang wajib diimani.
- Soloman @ Raja Sulaiman adalah nama lain bagi Nabi Sulaiman

* Ada pendapat yang mengatakan tapak Kuil Nabi Sulaiman dan Masjid Al Aqsa adalah tapak Masjid Al Aqsa yang telah dibina lebih awal oleh Nabi Adam AS. Banyak perbincangan di sini kerana ia tidak disebut dengan jelas di dalam Al Quran dan Hadis.