Memaparkan catatan dengan label mbsb bank kota bharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mbsb bank kota bharu. Papar semua catatan

MBSB Bank buka cawangan di Kota Bharu

 


MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah merasmikan cawangan terbaharunya di Kota Bharu, Kelantan dan yang merupakan cawangan yang ke-47. 

Pembukaan cawangan tersebut penting untuk bank menguruskan kewangan pelanggan secara berinteraksi dan bersemuka. 

Ccawangan itu berfungsi sebagai pusat tumpuan dalam kalangan komuniti setempat terutamanya di Kota Bharu. 

Majlis Perasmian MBSB Bank di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Strategi MBSB Bank, Datuk Azlan Shahrim.

Perkhidmatan MBSB Bank bukan hanya terhad pada pengurusan perbankan untuk pengeluaran dan penyimpanan wang sahaja, malah kami mengalu-alukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya dapat memanfaatkan pembiayaan perbelanjaan modal, perbelanjaan operasi dan modal kerja yang ditawarkan oleh bank.

Pengusaha PKS juga boleh memohon Skim Jaminan Kerajaan Pemulih (PGGS) melalui MBSB Bank oleh syarikat Jaminan Pembayaran Perniagaan Berhad (SJPP) yang menyediakan pembiayaan baharu, kemudahan pembiayaan sedia, lanjutan tempoh pembiayaan dan modal kerja tambahan bagi menggiatkan semula perniagaan.

MBSB Bank turut menawarkan pembiayaan peribadi-i dengan jumlah pembiayaan sehingga ke RM400,000 dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Selain itu, produk Deposit Bertempoh-i menawarkan kadar yang sangat kompetitif sehingga 4.30 peratus setahun.