Memaparkan catatan dengan label pengumuman pm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengumuman pm. Papar semua catatan

Berita gembira untuk penjawat awam

 


- Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari kepada 180 hari.

- Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

- Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

- Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

- Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 yang akan dibayar mulai Januari 2023.

- Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 manakala RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Sumber dari Berita Harian