Memaparkan catatan dengan label cimb octo aps. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cimb octo aps. Papar semua catatan

Khamis, September 15, 2022

Aplikasi CIMB OCTO fokus pertingkat pengalaman pengguna

 


PENGGUNAAN secara meluas perbankan digital dalam kehidupan seharian pengguna terutama dalam melakukan sebarang transaksi melibatkan kewangan dilihat semakin diterima ramai kerana ia bukan sahaja dapat memudahkan urusan malah menjimatkan masa pengguna.

Aplikasi perbankan ini diwujudkan sebagai antara pemudah cara dalam melakukan transaksi digital serta menggunakan servis perbankan dengan selamat di mana sahaja mereka berada. 

Oleh itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) telah melancarkan platform perbankan digital terbaharu pada 18 Ogos 2022 baru-baru ini. 

Aplikasi CIMB OCTO dibina sebagai aplikasi perbankan yang mementingkan ciri daya tahan teknologi terkini serta kestabilan dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk masa hadapan.

Aplikasi CIMB OCTO juga akan dilancarkan secara berperingkat dan diperhalusi serta dikemaskini secara berkala bagi membolehkan pengguna menyesuaikan diri dengan pengalaman perbankan mudah alih baharu ini.  

Pengguna tidak perlu risau kerana Aplikasi CIMB Clicks akan kekal digunakan bersama dengan platform Aplikasi CIMB OCTO.

Antara perkara utama yang perlu diketahui oleh pengguna mengenai kebaikan dan faedah peralihan dari Aplikasi CIMB Clicks kepada Aplikasi CIMB OCTO adalah seperti berikut:

1. Pengalaman pengguna dipertingkatkan

Antara perubahan atau perbezaan Aplikasi CIMB OCTO adalah platform perbankan ini mementingkan ciri penggunaan UI dan UX untuk generasi akan datang yang menampilkan reka bentuk yang diperbaharui dan pengalaman pengguna yang dipertingkat. 

Menerusi maklum balas pelanggan Aplikasi CIMB Clicks, beberapa perubahan ketara telah dilaksanakan ke atas Aplikasi CIMB OCTO. Antaranya adalah pengalaman pengguna diperibadikan yang lebih baik dan lebih lancar. 

Selain itu, CIMB turut mengetengahkan Aplikasi CIMB OCTO dengan fungsi navigasi baharu seperti skrin utama dan ciri yang diperibadikan mengikut keutamaan. 

2. Pendekatan kolaboratif

Selain itu, Aplikasi CIMB OCTO dengan ciri baharu ini adalah aplikasi pertama yang dilancarkan kepada pelanggan CIMB sebagai usaha untuk menambah baik aplikasi dan menaik taraf fungsi dengan kerjasama terus bersama pelanggan. 

Dalam masa sama, CIMB turut menggalakkan pengguna untuk terus mengemukakan pendapat berkaitan aplikasi perbankan ini secara langsung menerusi laman web CIMB untuk menambah baik aplikasi tersebut secara berterusan. 

Pengguna tidak perlu risau kerana aplikasi ini akan diperkenalkan secara berperingkat bagi membolehkan pelanggan menyesuaikan diri secara beransur-ansur dengan pengalaman perbankan mudah alih baharu ini. 

3. Platform inovatif

Aplikasi CIMB OCTO yang direka bentuk semula ini adalah platform perbankan alternatif yang tertumpu kepada pengguna dan membolehkan mereka mengalami ciri-ciri inovatif pada setiap kemaskini. 

Sebagai langkah evolusi daripada aplikasi sedia ada CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO direka dengan mengambil kira keperluan penggunaan masa hadapan. 

Dibangunkan dengan ciri teknologi serta reka bentuk baharu, ia membolehkan aplikasi ini menggabungkan ciri-ciri inovatif baharu yang tidak tersedia di Aplikasi CIMB Clicks. 

Selain itu, aplikasi ini juga memiliki fleksibiliti, ketangkasan dan kelajuan yang lebih baik serta menyokong pertumbuhan trafik. 

Orang ramai sudah boleh memuat turun aplikasi CIMB OCTO sejak 18 Ogos 2022 di Google Play Store, Apple App Store dan HUAWEI AppGallery

Untuk maklumat lanjut, layari laman web CIMB https://www.cimb.com.my/cimbocto


Recent Posts