Memaparkan catatan dengan label nombor kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nombor kereta. Papar semua catatan

Nombor plat pendaftaran 'AMY 1' dibida RM400,000


 

Nombor plat pendaftaran kenderaan 'AMY 1' yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dibida sebanyak RM400,000 iaitu tertinggi sepanjang tempoh lima hari bidaan dibuka bermula 9 April lalu.

Nilai bidaan itu mengatasi nombor plat kenderaan siri 'AKU' seperti AKU 8055 serta AKU 1 yang dikeluarkan pada Ogos 2017. Nombor plat AKU 8055 dibida pada harga RM74,000 manakala RM207,898.90 bagi AKU 1.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata selepas AMY 1 nombor plat pendaftaran AMY 2 hingga AMY 9 masing-masing dibida pada harga melebihi RM80,000 setiap satu.

Katanya, pihaknya berjaya mengutip hasil bidaan sebanyak RM6 juta bagi nombor pendaftaran siri 'AMY' pada sesi berkenaan yang berakhir 13 April.

Masih ada 16 sahaja nombor berbaki membabitkan nombor popular bagi siri AMY ini.

Bidaan yang dibuka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) itu turut mengatasi pendaftaran plat siri 'AMG' sebelum ini yang disifatkan rata-rata sebagai pembida 'Mercedes Lover' (pengguna kenderaan jenama Mercedes Benz).