Memaparkan catatan dengan label marikh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label marikh. Papar semua catatan

Planet Marikh dahulu ada air

 

Sekumpulan saintis mendakwa bahawa permukaan planet Marikh yang dahulunya dipenuhi air kini merupakan ‘gurun’ yang kering kontang, berkemungkinan disebabkan oleh saiznya yang terlalu kecil untuk mengekalkan kelembapan.

Planet Marikh yang hanya memiliki saiz separuh daripada Bumi merupakan planet kedua paling kecil dalam sistem solar.

Menurut Penyelidik kanan dari Universiti Washington di St. Louis, Dr. Kun Wang, struktur planet Marikh tidak mempunyai bahan kimia yang diperlukan bagi membolehkannya menyimpan air untuk satu tempoh yang panjang.

Berbeza dengan Bumi, Marikh kehilangan sebahagian besar unsur mudah berubah semasa pembentukannya dan unsur-unsur itu menghasilkan cairan dan elemen lain yang diperlukan untuk kehidupan.

Kajian sebelum ini mendapati bahawa planet merah itu sebelum ini mempunyai air yang lebih banyak berbanding jumlah air di Lautan Atlantik di Bumi. Namun, permukaannya kini kering dan tiada air.

Kekurangan air berlaku kerana kelemahan medan magnet yang mengakibatkan kehilangan atmosfera planet itu, lalu menyebabkan air tersejat ke angkasa.

Sumber dari Berita Mail Online.