Memaparkan catatan dengan label spm sekarang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spm sekarang. Papar semua catatan

Beza SPM dahulu dan SPM sekarang


BEZA SPM dahulu dan SPM sekarang

SPM hari ini, jauh bezanya dengan SPM dahulu. SPM dahulu (sebelum Tahun 2000), mengambil kira Pangkat atau Gred 1, 2, 3. Agregat dikira dengan mencampur keputusan (Grade) ENAM matapelajaran terbaik.

Pangkat atau Gred 1, bermakna Cemerlang di mana calon mendapat jumlah Gred di antara Agregat 6 hingga 23. Ia akan ditulis Bahagian 1 dalam sijil SPM. Bagi Gred 2 atau disebut Bahagian 2 dalam sijil, calon memperoleh Agregat 24 hingga 33. Bagi yang mendapat Agregat 33 ke atas, ia dikira mendapat Pangkat atau Gred 3.

Contohnya, jika calon mendapat seperti berikut:
- Bahasa Melayu : 4
- Pendidikan Islam : 1
- Sejarah : 6
- Bahasa Inggeris : 6
- Matematik : 6
- Ekonomi Asas : 4
Jumlah Agregat (6 matapelajaran TERBAIK) bagi calon ini ialah Agregat 27. Jadi, beliau mendapat Gred 2 atau Bahagian 2.

SPM Sijil Terbuka (selepas Tahun 2000) pula mengambilkira jumlah A bagi setiap mata pelajaran. Ia sesuai dengan pensijilan terbuka yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakin banyak A yang diperolehi, bermakna pelajar itu cemerlang. Tiada lagi pengiraan Agregat atau penentuan Gred seperti dahulu.