Memaparkan catatan dengan label measat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label measat. Papar semua catatan

Satelit Komunikasi MEASAT-3d dibina Airbus

 


Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana Perancis dan sedia untuk dilancarkan dengan menaiki Ariane 5 pada 22 Jun 2022.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, MEASAT-3d adalah satelit E3000 ke-57 yang dibina oleh Airbus dan akan diletak pada slot orbit 91.5°E bergandingan dengan MEASAT-3b, yang juga dibina oleh Airbus. Satelit baru ini akan membantu mempertingkatkan tahap kelajuan jalur lebar dengan signifikasi mencapai hingga 100 Mbps di kawasan tanpa rangkaian atau dengan tahap rangkaian terhad di seluruh Malaysia sambil terus membekalkan lebihan dan kapasiti tambahan bagi penyampaian video HD, 4K, dan akhirnya 8K di rantau Asia-Pasifik.

Ketua Satelit Telekomunikasi di Airbus, Francois Gaullier berkata: "MEASAT-3d dibina berasaskan kepada platform satelit Eurostar kami yang amat dipercayai, yang turut merangkumi siri E3000 yang terkini, dengan sejumlah 58 buah satelit kini berada di orbit kami telah mencatatkan kejayaan beroperasi selama lebih 1000 tahun.

"MEASAT adalah pelanggan utama kami dan kami menantikan akan detik di mana teknologi satelit canggih ini akan menyokong dan memacu perniagaan mereka di masa hadapan."

Katanya, selain dari memiliki kapasiti jalur C dan Ku untuk DTH, pengedaran video dan perkhidmatan telekomunikasi, ia juga turut menampilkan (i) Misi Jalur-Ka HTS dengan pancaran titik berbilang pengguna yang dioptimumkan untuk menyampaikan komunikasi jalur lebar berkelajuan tinggi ke seluruh Malaysia dengan matlamat untuk merapatkan jurang perbezaan keupayaan digital dalam negara; dan (ii) keupayaan jalur Q/V, yang pertama seumpamanya di rantau Asia-Pasifik, yang akan membolehkan MEASAT mengkaji kesan pertumbuhan dan pembiakan di rantau yang menerima kadar hujan yang tinggi seperti Malaysia, dan akan menjadi rujukan dalam pembangunan reka bentuk satelit generasi seterusnya. Satelit ini juga akan turut menempatkan muatan navigasi Jalur-L bagi Korea Augmentation Satellite System (KASS) untuk KTSAT.

Dirancang untuk beroperasi selama lebih dari 19 tahun, MEASAT-3d telah direka untuk memiliki keupayaan kuasa elektrik sebanyak 12kW pada penghujung hayatnya.

Sumber : Berita Harian