Memaparkan catatan dengan label kes mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes mahkamah. Papar semua catatan

Ahad, Disember 02, 2018

Agar-agar dicemari bakteria

 

Seorang peniaga bazar Ramadan Wakaf Tengah, Kuala Nerus dikenakan denda RM900 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana menjual kuih agar-agar merah dan onde-onde dicemari bakteria, pada bulan puasa, Jun 2020.

Zunaidah Sulong, 43, dari Tepoh, Kuala Nerus, turut berdepan hukuman seminggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Majistret Noradila Ab Latif membuat keputusan itu selepas Zunaidah mengaku salah mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 6 (1)Akta Makanan 1983.

Keputusan yang diperolehi mendapati sampel kuih agar-agar merah dan onde-onde mengandungi Coagulase iaitu sejenis mikroorganisma patogenik.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Kuala Nerus, Nooreen Azniewati Amaran.

Sumber : Sinar Harian

Rabu, November 28, 2018

Cari pasal tak hadir mahkamah

 

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki kerana gagal hadir prosiding pertuduhan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan waran itu terhadap tertuduh, Mohd Tariq Zaid Ismail, 32, dari Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus.

Sebelum ini, tertuduh didakwa membiakkan serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk aedes di dalam alas pasu bunga berisi air yang berada di tiang rumah ruang depan rumahnya, di Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus, dalam operasi gempur aedes, jam 9.50 pagi pada 25 Oktober 2016.

Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Kuala Nerus, Nooreen Azniewati Amaran.

Noradila seterusnya menetapkan 24 Disember 2018 untuk sebutan semula kes.

Sumber : Sinar Harian

Recent Posts