Memaparkan catatan dengan label kolam hotel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kolam hotel. Papar semua catatan

Mandi Kolam di Hotel Raia Kuala Terengganu

 


Untuk mengubat kekecewaan Terengganu kalah Piala FA, hari ini kita mandi kolam di Hotel Raia Kuala Terengganu di sebelah Airport. Dahulunya dikenali sebagai Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu tapi Kerajaan PH sudah jual.


Istimewanya kolam hotel ini kerana ada kolam tertutup untuk wanita. Kolam Hotel Raia KT dibuka untuk orang awam (bukan penginap hotel) pada hari Ahad hingga Khamis. Dewasa RM10 dan Kanak-Kanak RM5. Waktu : 8.00 - 11.00 pagi dan 2.00 - 5.00 petang. Jumaat & Sabtu untuk penginap hotel sahaja.

Untuk masuk ke kolam ini, anda kena masuk ke Kafe Hotel yang terletak di bahagian kanan lobi hotel. Bayaran boleh dibuat di kaunter Kafe.