Memaparkan catatan dengan label servis kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label servis kereta. Papar semua catatan

Servis Kereta Perodua Auto Rahmah

 



PERODUA memperkenalkan pakej servis khas kepada pemilik Axia dan Bezza bagi mengurangkan impak kenaikan harga barangan dan dalam masa yang sama mempromosikan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan yang terbaik untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Dalam kenyataan, PERODUA berkata ia adalah maklum balas kepada pakej Auto Rahmah yang baru dilancarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di bawah program Payung Rahmah bertujuan mengurangkan beban kos hidup yang ditanggung oleh rakyat.

Pakej servis khas ini, yang dikenali sebagai Perodua Auto Rahmah 2023, terdiri daripada diskaun 30 peratus untuk jumlah keseluruhan dalam satu invois bagi alat ganti dan kos buruh.

Bagi melayakkan diri untuk kempen ini, pemilik Axia dan Bezza dikehendaki membuat janji temu di pusat servis PERODUA yang berhampiran. Kempen ini akan berlangsung mulai 12 April hingga 15 Mei, 2023.