Memaparkan catatan dengan label pempengaruh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pempengaruh. Papar semua catatan

Cikgu Fadli umum bersara


 Guru tular yang banyak mengkritik sistem pendidikan negara ke arah kebaikan bersama, Mohd Fadli Mohamed Salleh hari ini bersara awal.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Pengumuman bersara itu diumumkan di Facebook rasminya hari ini, berserta gambar sambutan majlis persaraannya di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak.

"Dan akhirnya, tarikh ini tiba jua. Izinkan daku mengundur diri. Terima kasih dan maaf atas segalanya," katanya.

Dalam muat naik yang sama, Mohd Fadli yang juga aktivis masyarakat turut menyatakan, khidmat 18 tahun sebagai seorang guru pada 3 Januari 2006 bernoktah pada bulan ini.

"3 Januari 2006. Melapor diri di SK Mambang, Pekan, Pahang. Disember 2009, melapor diri di SK Taman Melawati 2. Oktober 2016 - Februari 2023, SK 1 Gombak pula terima diri ini.

"Banyak sebenarnya ingin ditulis, tapi aku tak tahu di mana perlu bermula. Ah, biarlah aku pendam sahaja segalanya.

"Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa. Izinkan daku mengundur diri," katanya.

Dikenali sebagai Cikgu Fadli, beliau ialah antara pendidik kerajaan yang lantang bersuara sekiranya mendapati terdapat kepincangan yang menyukarkan pembelajaran sekolah, malah beliau juga terkenal sebagai seorang aktivis masyarakat yang banyak menghulurkan bantuan kepada murid miskin dan rakyat dalam kesusahan.

Pada 2022, guru ini pernah dihadapkan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.

Bagaimanapun, beliau didapati tidak bersalah dan tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Sebelum itu, tular kisah Mohd Fadli yang dikatakan bakal dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana mengkritik sistem pendidikan negara, dengan membantah silibus subjek Matematik bagi murid sekolah rendah, yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak padan dengan keupayaan pelajar.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Pendidikan terdahulu, Datuk Dr Radzi Jidin.

Sebelum itu juga, beliau kerap menyuarakan kebimbangan mengenai berat beg sekolah yang terpaksa ditanggung murid, akibat kepadatan jadual pembelajaran.

Sementara itu dalam hantaran terbaharu, Cikgu Fadli berkata, beliau bersara awal bukan kerana kecewa dengan dengan Kementerian Pendidikan sebaliknya, mahu mengelakkan isu lain pada masa hadapan.

"Saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan. Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.

"Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri," katanya yang mengakui akan terus berada dalam bidang pendidikan dan akan kekal bersuara.


Pempengaruh adalah kerjaya atau hobi?

 

Anak muda lebih gemar memfokuskan kepada media sosial seperti TikTok, Instagram mahupun Twitter berbanding membelek buku atau sumber bacaan yang boleh dipercayai untuk merujuk sesuatu perkara yang sahih.

Tindakan tersebut menyebabkan ramai pempengaruh popular muncul dalam pelbagai peringkat umur untuk menjadi seorang individu yang mampu menjadi rujukan dalam apa jua perkara sehingga sanggup me­lakukan apa sahaja demi mendapatkan jumlah pengikut.

Bagaimanapun, selaras de­ngan situasi ekonomi yang semakin rancak, isu ini tidak seharusnya diambil enteng supaya Malaysia berada setanding de­ngan negara lain menjadi pengeluar utama.

Kekurangan tenaga profesio­nal dalam negara dilihat semakin serius lebih-lebih lagi apabila ramai yang mula menukar profesion menjadi pempe­ngaruh po­pular termasuk pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut perunding kerjaya, Nik Akmal Afif Nik Othman, anak muda seharusnya memilih profesion tenaga pakar dan tidak menjadikan ‘influencer’ sebagai satu kerjaya tetapi boleh dibuat hobi atau kerja separuh masa.

“Negara kita sememangnya ketandusan tenaga pakar yang boleh berfikiran luar kotak untuk mencipta sesuatu perkara baharu.

“Ia satu perkara yang sangat baik apabila anak muda Malaysia lebih terbuka untuk melihat profesion tenaga pakar adalah kerjaya jangka masa panjang untuk menyumbang kepada negara.

“Sebaiknya, anak muda sekarang pergi ke bidang profesional dan jadikan ‘influencer’ sebagai hobi atau kerja separuh masa,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, melihat kepada trend terkini anak muda sememangnya lebih tertarik untuk mengikuti atau meniru pempe­ngaruh popular kegemaran mereka sebagai satu batu lonca­tan dan berhasrat untuk berada di kedudukan yang sama.

Jelas Nik, generasi kini mempunyai lebih banyak pilihan dan peluang terbaik dalam kerjaya berbanding zaman dahulu. Bagaimanapun, jika berminat untuk menjadi pempengaruh popular, jadilah seorang ‘influencer’ celik akal.

“Kita boleh ambil contoh se­perti Khairul Aming iaitu seorang pempengaruh paling po­pular yang pernah belajar dalam bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat.

“Khairul Aming bukan lompat menjadi ‘influencer’ tetapi dia membina tapak terlebih dahulu sebelum menjadi pempengaruh popular yang boleh meraih pendapatan lebih daripada kerjaya sebelum ini.

“Itu bezanya ‘influencer’ berpendidikan yang mampu menghasilkan kandungan berkualiti dan matang serta tahu hala tuju kerjayanya,” tegasnya.

Pada akhirnya, populariti dan pengaruh yang dibawa oleh ‘influencer’ tidak akan berkekalan dalam jangka masa panjang ke­rana akan ada lambakan dalam kerjaya tersebut pada masa akan datang.

Ilmu dan pendidikan sahaja yang boleh membawa seseorang individu ke tahap yang lebih baik walaupun melalui apa jua peredaran zaman.

Tambah Nik, perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi apabila ramai anak muda memilih untuk tidak meneruskan pembelajaran untuk fokus ke arah menjadi ‘influen­cer’.

“Pendidikan boleh membekalkan skil bekerja dalam mana-mana negara. Jika ramai yang berhenti belajar bagaimana negara boleh melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi.

“Bukan sahaja dari segi akademik, malah anak muda juga boleh meneruskan pembelajaran dalam aliran TVET dan kuasai sesuatu bidang.

“Cuba untuk ambil kemahiran TVET dan cuba untuk selami ilmu tersebut supaya dapat memberikan hasil lumayan buat ekonomi negara,” tegasnya.

Sumber : Kosmo!