Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan

Bab al Lud, Palestin


Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj.

Bilangan Yakjuj danMakjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini.

Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah.

Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka.




Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah.

Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu.

Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk.

Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.

Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman.

Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia.

Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

"Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah."

Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur'an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu.

"Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen."

- Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid - 

Serangan mengejut Palestin ke atas Israel


 Palestin kembali melancarkan serangan sama secara besar-besaran.

Serangan yang tidak dijangka itu dilakukan pada hari sambutan perayaan Yahudi ketika ketegangan semakin meningkat antara Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza.

Berikutan peningkatan itu, Hamas dilihat merancang operasi canggih dan terkoordinasi yang mana pada awal pagi semalam serangan roket sengit dilancarkan sehingga mencapai sejauh Baitulmaqdis dan Tel Aviv menyaksikan pejuang Palestin memasuki selatan Israel melalui laut, darat dan udara.

Mereka menawan bandar dan pos tentera Israel di bawah kepungan selama berjam-jam.

Insiden itu dimainkan secara langsung di media sosial dan arus perdana ketika ribuan rakyat Israel keluar mengadakan sambutan di padang berhampiran Gaza sebelum diserang.

Rakaman yang dikongsi di saluran Hamas turut menunjukkan askar di pos tentera Israel dan dalam kereta kebal juga ditahan, malah kelihatan gambar kenderaan tentera Israel dirampas, dipandu ketika perayaan itu berlangsung.

Memetik laporan akhbar Israel HaYom, penduduk Kibbutz Be'eri, Ella menyatakan ketakutannya selepas mendengar siren amaran mengenai tembakan roket.

"Bapa menulis kepada saya di Telegram dari dalam Gaza. Saya masih mendengar letupan tembakan," katanya.

Berikutan serangan itu, ramai rakyat Israel terkejut kerana pasukan keselamatan Israel tidak datang dengan cepat untuk membantu mereka.

Sementara itu, seorang penduduk Gaza, menyatakan kegembiraan dengan tindakan Hamas membalas dendam terhadap Israel.

Ini berikutan terdapat peningkatan pelawat Yahudi baru-baru ini di pekarangan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki Israel pada cuti perayaan.

Masjid Al-Aqsa adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam dan juga tempat paling suci bagi orang Yahudi, yang dikenali sebagai Temple Mount.

Namun, dia turut bimbang dan memberi amaran tentera Israel akan menyerang balas dengan lebih hebat.

"Kami bimbang kerana sebelum ini saya kehilangan kedai apabila Menara Shorouk diserang Israel dalam perang 2021.

"Tindakan Hamas kali ini adalah lebih besar, jadi akan ada tindak balas Israel yang lebih besar lagi," katanya kepada BBC.

Semenanjung Gaza yang menempatkan kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin, diambil alih oleh Hamas pada 2007, setahun selepas ia memenangi pilihan raya Parlimen.

Israel dan Mesir kemudian mengetatkan sekatan mereka terhadap wilayah itu sehingga menyebabkan ia kekal miskin dengan pengangguran sekitar 50 peratus.

Selepas konflik serius antara Israel dan Hamas pada 2021, rundingan tidak langsung melalui pihak ketiga iaitu Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), ribuan permit diperoleh untuk warga Gaza bekerja di Israel dan melonggarkan sekatan lain sebagai balasan kepada ketenangan yang relatif.

Bulan lalu, ratusan rakyat Palestin mula menyertai protes yang disokong oleh Hamas dengan tujuan memperoleh lebih banyak konsesi daripada Israel dan wang bantuan dari Qatar.

Bagaimanapun spekulasi menyatakan demonstrasi dilakukan itu adalah strategi Hamas untuk mereka meninjau pagar sebelum menyusup.

Bercakap pada permulaan serangan, komander pejuang Hamas, Mohammed Deif menggesa rakyat Palestin dan orang Arab lain untuk menyertai tindakan itu untuk menghalau terus penduduk Israel.

Persoalan utama sekarang ialah sama ada rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki atau tempat lain di rantau itu akan menyahut seruannya.

Israel pula sudah pasti melihat potensi untuk melakukan peperangan dan senario terburuk ialah ia boleh menarik kumpulan Lubnan yang berkuasa, Hizbullah.

Sementara itu, tentera Israel sudah mengarahkan pasukan tenteranya bersedia dan merancang operasi darat selepas serangan udara yang sengit ke atas Gaza berlaku.

Penahanan tentera Israel dan orang awam sebagai tebusan oleh pejuang Palestin, adalah satu komplikasi yang serius.

"Kami kini sibuk untuk mengawal semula kawasan itu, menyerang secara meluas dan menjaga kawasan sekitar Semenanjung Gaza," kata jurucakap IDF, Laksamana Muda, Daniel Hagari. 

Sumber dari AGENSI