Memaparkan catatan dengan label ewallet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ewallet. Papar semua catatan

Bantuan e-Wallet RM200 diperluas kepada semua mahasiswa


 Kerajaan akan memperluaskan bantuan e-Wallet 2023 kepada semua mahasiswa di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini supaya bantuan itu dapat dimanfaatkan golongan tersebut.

“Saya akan putuskan supaya e-Wallet boleh dimanfaatkan semua mahasiswa. Okay, puas hati,” katanya ringkas pada sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Terdahulu, isu tersebut dibangkitkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka selepas mendapati bajet 2023 yang dibentangkan Anwar sebelum ini dengan kategori penerima bantuan e-Wallet berjumlah RM200 kepada mereka berusia 18 hingga 20 tahun.

Ini menyebabkan sebahagian umur mahasiswa tidak mendapat manfaat selain tidak boleh memohon bagi kategori bujang. 

Sumber berita Kosmo!

Cara Tebus eWallet Kredit Percuma RM150 ePemula

 

Cara Tebus eWallet Kredit Percuma RM150 ePemula

e-Tunai Rakyat ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang telah diumumkan pada Belanjawan 2020 yang lalu. Ianya bertujuan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet serta pembayaran secara digital dalam kalangan pengguna dan juga para pedagang tempatan terutama sekali perusahaan kecil dan perniagaan runcit. Ini sekaligus dapat mengurangkan halangan akses kepada teknologi digital dan membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara dengan masyarakat dan ekonomi digital yang maju

Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang transaksi secara fizikal* di 1.2 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

    1. Pemindahan “peer-to-peer”;
    2. Penebusan tunai;
    3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    5. Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    6. Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
    8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
    9. Transaksi e-dagang atau transaksi atas talian.

    1. Inisiatif ePemula RM150 adalah untuk kegunaan secara fizikal*. Ini adalah sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PKS.
  • Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
    1. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
    2. Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
  • Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan
  • Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
    1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPayGrabPayShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
    2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
    3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan "Hantar"
    4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya

Soalan Lazim ePemula

https://budget.mof.gov.my/manfaat/pdf/ePemula_FAQs_(FINAL)%20BM.pdf